SEMAK PENGELUARAN KWSP AKAUN FLEKSIBEL

SEMAK PENGELUARAN KWSP AKAUN FLEKSIBEL

Setiap bulan caruman duit KWSP dibahagikan kepada tiga (3) akaun, iaitu Persaraan, Sejahtera dan Fleksibel. Melalui akaun Fleksibel ini, ahli boleh buat pengeluaran pada bila-bila masa yang memerlukan (jangka pendek).

Bagaimanakah cara semak pengeluaran KWSP akaun Fleksibel? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SKAS FASA 2 2026 – BAYARAN & KELAYAKAN PENERIMA

PENGENALAN KWSP AKAUN FLEKSIBEL

KWSP Akaun Fleksibel adalah merupakan akun baharu dalam sistem simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan sebagai simpanan jangka pendek untuk memudahkan pencarum untuk mengakses simpanan ketika berkeperluan mendesak.

  • 10% dari caruman bulanan dalam akaun fleksibel;
  • Masih dapat kadar dividen tahunan;
  • Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa (jika perlu);
  • Tiada had berapa kali pengeluaran;
  • Kelulusan permohonan dalam tempoh 3 hingga 7 hari;
  • Duit dikredit terus ke dalam akaun bank ahli.

HAD PENGELUARAN KWSP AKAUN FLEKSIBEL

Ahli boleh membuat pengeluaran duit KWSP dari akaun Fleksibel pada bila-bila masa sahaja. Namun, mengikut had pengeluaran (minimum dan maksimum) yang ditetapkan seperti berikut :

HAD PENGELUARAN
MINIMUM
HAD PENGELUARAN
MAKSIMUM
Tidak kurang dari RM50RM3,000 atau lebih
(mengikut jumlah yang ada)

SYARAT PENGELUARAN KWSP AKAUN FLEKSIBEL

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan ahli yang boleh buat pengeluaran duit KWSP dari akaun Fleksibel adalah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara;
  • Belum mencapai umur 55 tahun (2026);
  • Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel (tidak kurang RM50);
  • Permohonan pengeluaran secara atas talian (online) dalam aplikasi i-Akaun / portal i-Akaun KWSP.

CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN FLEKSIBEL

Ahli yang merupakan Warganegara Malaysia boleh buat pengeluaran duit KWSP dari akaun Fleksibel secara online melalui aplikasi i-Akaun seperti panduan di bawah :

  1. Sila buka aplikasi i-Akaun KWSP dalam telefon pintar anda.
  2. Log masuk ke aplikasi i-Akaun KWSP.
  3. Pilih menu [Pengeluaran].
  4. Klik pada butang [Keluarkan Simpanan Anda].
  5. Pilih [Akaun Fleksibel].
  6. Terus klik pada butang [Keluar Sekarang].
  7. Masukkan jumlah pengeluaran yang anda perlukan dan klik [Teruskan].
  8. Kemaskini maklumat akaun bank anda.
  9. Klik pula pada butang [Teruskan].
  10. Sila baca ‘Perakuan Ahli’ dan klik [Terima] sekiranya anda setuju.
  11. Nombor TAC akan dihantar dan masukkan pada ruang yang disediakan.
    • ‘Permohonan anda telah berjaya dihantar’.
  12. Selesai.

SEMAK PENGELUARAN KWSP AKAUN FLEKSIBEL

Apabila permohonan pengeluaran duit KWSP akaun Fleksibel telah dihantar, status kelulusan pengeluaran boleh disemak secara online seperti panduan di bawah :

  1. Buka aplikasi i-Akaun KWSP dalam telefon pintar anda.
  2. Log masuk guna ID dan kata laluan anda seperti biasa.
  3. Terus ke bahagian [Pengeluaran].
  4. Klik pada butang [Rekod Pengeluaran].
  5. Status permohonan pengeluaran akan dipaparkan :
    • ‘Diluluskan’ atau
    • ‘Dalam Proses’ atau
    • ‘Gagal’.
  6. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000
    • (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
  • Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.

Leave a Comment