SEMAK BAKI DUIT MYKASIH – BERAPA JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD
Setiap bulan, penerima bantuan MyKasih akan menerima elaun bayaran dalam MyKad (Kad Pengenalan) dengan amaun yang diterima mengikut kelayakan masing-masing untuk membeli barangan asas yang diluluskan. Baki bulanan yang tidak habis digunakan akan di bawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama elaun bulanan semasa.
Bagaimanakah semak baki duit mykasih dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA CHECK STATUS MYKASIH ONLINE 2026
TARIKH MASUK DUIT MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) | 9 Januari 2026 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
JUMLAH DUIT MYKASIH DALAM MYKAD
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
MEDIUM UNTUK SEMAK BAKI DUIT MYKASIH
Berikut merupakan beberapa kaedah untuk semak baki duit MyKasih :
- Aplikasi MyKasih;
- Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
- Resit Pembelian Barangan MyKasih;
- Kaunter Pembayaran Kedai atau Pasar Raya Berdaftar
CARA SEMAK BAKI DUIT MYKASIH ONLINE
Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 (mengikut kegunaan penerima) |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026