SEMAKAN BANTUAN SARA RM100 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN SARA RM100 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Penerima yang layak menerima Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang bernilai RM100 sebulan hanyalah dua (2) kategori sahaja, iaitu isi rumah dan bujang yang dipilih secara automatik berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKAD MYKASIH 2026 RM200 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA RM100 2026

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan SARA yang bernilai RM100 disalurkan sepanjang tahun 2026 :

  • 9 & 16 Januari 2026 : RM100.
  • 1 Februari 2026 : RM100.
  • 1 Mac 2026 : RM100.
  • 1 April 2026 : RM100.
  • 1 Mei 2026 : RM100.
  • 1 Jun 2026 : RM100.
  • 1 Julai 2026 : RM100.
  • 1 Ogos 2026 : RM100.
  • 1 September 2026 : RM100.
  • 1 Oktober 2026 : RM100.
  • 1 November 2026 : RM100.
  • 1 Disember 2026 : RM100.

CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA RM100 2026

Untuk memudahkan setiap penerima untuk menerima bayaran Bantuan SARA yang bernilai RM100, Kerajaan melaksanakan bayaran melalui satu (1) cara yang sama, iaitu :

  • Terima bayaran secara tanpa tunai (cashless) : Kredit melalui akaun Kad Pengenalan penerima.

*Penerima hanya boleh menggunakannya untuk pengesahan pembelian barang keperluan asas di kedai yang berdaftar dan mempunyai mesin bayaran guna Kad Pengenalan.

KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA RM100 2026

Namun, tidak semua layak menerima Bantuan SARA yang bernilai RM100 sebulan, kerana ianya terhad diberikan kepada kategori dan kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah; dan
  • Kategori Bujang.

Yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN
ISI RUMAH
KELAYAKAN
BUJANG
WarganegaraMalaysiaMalaysia
Had UmurTiada had umur21 hingga 59 tahun
Status
Perkahwinan
Berkahwin
(ada / tiada anak)

atau

Balu / Bercerai
(ada anak masih
tanggungan)
Belum berkahwin

atau

Balu / Bercerai
(tiada anak masih
tanggungan)
Kadar
Pendapatan
RM2,500 sebulan
sehingga
RM5,000 sebulan
Bawah Garis Kemiskinan
(PGK) semasa dan
tersenarai data e-Kasih
Penerima STRLulus Permohonan
STR Fasa 1 2026
Lulus Permohonan
STR Fasa 1 2026

SEMAKAN BANTUAN SARA RM100 2026

Bagaimanapun, untuk mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak terima Bantuan SARA yang bernilai RM100 sebulan, anda boleh buat semakan secara online melalui laman Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi SARA – https://sara.gov.my/.
  2. Laman Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang “-“.
      • Contoh : 900330123456.
  4. Klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status kelayakan penerima Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment