SARA 2026 ONLINE : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & MAKLUMAT PEMBAYARAN
Melihat kepada penerimaan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang lalu diterima baik dan dapat meringankan bebanan rakyat, Kerajaan meluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima yang layak dengan bayaran secara bulanan mengikut kadar yang selayaknya kepada penerima.
Bagaimanakah semakan status kelayakan dan maklumat pembayaran SARA secara online? Ikuti panduan dan ketahui maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 TERBARU : SEMAKAN STATUS, JUMLAH BANTUAN & TARIKH BAYARAN
MAKLUMAT PEMBAYARAN SARA 2026
Ketahui maklumat pembayaran Bantuan SARA seperti tarikh, kadar dan cara bayaran yang lebih lanjut seperti di bawah :
TARIKH PEMBAYARAN SARA 2026
| BIL. | TARIKH BAYARAN SARA |
|---|---|
| 1. | 9 & 16 Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | 1 Mac 2026 |
| 4. | 1 April 2026 |
| 5. | 1 Mei 2026 |
| 6. | 1 Jun 2026 |
| 7. | 1 Julai 2026 |
| 8. | 1 Ogos 2026 |
| 9. | 1 September 2026 |
| 10. | 1 Oktober 2026 |
| 11. | 1 November 2026 |
| 12. | 1 Disember 2026 |
KADAR PEMBAYARAN SARA 2026
- Penerima Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (RM2,500 ⬇️) akan terima :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun |
| Warga Emas | RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun |
| Bujang | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
- Penerima Pendapatan Sederhana (RM2,501 hingga RM5,000) akan terima :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
| Bujang | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
CARA PEMBAYARAN SARA 2026
| CARA BAYARAN SARA | PLATFORM |
|---|---|
| Pembayaran secara tanpa tunai (cashless) dikreditkan setiap bulan selama 12 bulan | Kad Pengenalan penerima |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA 2026
Bantuan SARA disalurkan secara automatik tanpa perlu kemukan sebarang permohonan. Berikut merupakan antara syarat-syarat kelayakan umum yang ditetapkan untuk penerima Bantuan SARA :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Kategori | -Isi Rumah -Warga Emas -Bujang |
| Kelulusan STR | Lulus permohonan Fasa 1 2026 |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 atau RM2,501 hingga RM5,000 |
| Tanggungan | Ada atau tiada |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA 2026 ONLINE
Rujuk panduan lengkap cara semakan status kelayakan Bantuan SARA secara online (dalam talian) melalui Portal Rasmi SARA seperti berikut :
| PORTAL RASMI | LINK |
|---|---|
| SARA (Sumbangan Asas Rahmah) | https://sara.gov.my/ |
- Pergi ke Portal Rasmi SARA (klik pada link di atas).
- Anda akan dibawa ke Portal Rasmi SARA.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Isikan ruangan ‘Nombor MyKad*’ dengan kad pengenalan anda.
- *Pastikan ikut format : Tanpa “-” dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 801030112345.
- *Pastikan ikut format : Tanpa “-” dan tanpa <jarak>.
- Sahkan anda bukan robot dengan klik [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan SARA akan dipaparkan seperti :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Ini (RM) | 300.00 |
INFO LANJUT
Segala informasi yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA : 03-7720 1800
- E-mel SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.