BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 TERBARU : SEMAKAN STATUS, JUMLAH BANTUAN & TARIKH BAYARAN

BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 TERBARU : SEMAKAN STATUS, JUMLAH BANTUAN & TARIKH BAYARAN

Kerajaan Negeri Sabah meluaskan pemberian Bantuan Syukur Sabah kepada seramai 100,000 ribu rakyat yang layak menerima bayaran dari semasa ke semasa untuk sepanjang tahun ini dengan kadar sehingga RM2,400 setahun.

Bagaimanakah semakan status penerima bayaran Bantuan Syukur Sabah terbaru? Ikuti panduan & info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA DIRI 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 TERBARU

Kerajaan Negeri Sabah memberikan Bantuan Syukur sebanyak RM200 setiap bulan. Namun, bayaran dilaksanakan secara sekaligus setiap tiga (3) bulan dengan jumlah RM600 sekali bayaran dan pelaksanakan selama empat (4) fasa seperti berikut :

FASA
PELAKSANAAN
GABUNGAN
BULAN
JUMLAH BAYARAN
Fasa 1Januari
Februari
Mac
RM600
Fasa 2April
Mei
Jun
RM600
Fasa 3Julai
Ogos
September
RM600
Fasa 4Oktober
November
Disember
RM600

TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

Bagaimanapun, pembayaran Bantuan Syukur Sabah dilaksanakan secara berfasa dari Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 pada lain-lain tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

FASA
PELAKSANAAN
TARIKH BAYARAN
Fasa 111 Mac 2026
Fasa 2Mei 2026
Fasa 3Ogos 2026
Fasa 4November 2026
*Nota : Tarikh bayaran untuk Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 akan dikemaskini semula apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

PLATFORM BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) jenis platform bayaran Bantuan Syukur Sabah supaya rakyat dengan mudah menerima bayaran setiap fasa. Berikut merupakan platform yang disediakan mengikut jenis penerima :

JENIS PENERIMAPLATFORM BAYARAN
Penerima ada akaun bankBayaran secara pengkreditan
tunai terus ke dalam akaun
bank penerima
Penerima tiada akaun bankBayaran secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
atau
di mana-mana pusat pemberian
yang bersesuaian ditetapkan
oleh Kerajaan Negeri Sabah
Pilihan penerimaPengkreditan secara tanpa
tunai ke dalam akaun
e-Wallet aplikasi mudah alih
‘YONO Superapp’

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH TERBARU

Pemohon yang terpilih sebagai penerima Bantuan Syukur Sabah adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Pemegang Kad Pengenalan status ‘H’ (penduduk asal Sabah); atau
  • Beralamat dan bermastautin di Sabah lebih satu (1) tahun;
  • Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam sistem data e-Kasih atau PADANS.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

Bagi individu yang telah kemukakan permohonan Bantuan Syukur Sabah boleh membuat semakan status untuk tahu sama ada layak atau tidak sebagai penerima setiap bulan. Ikuti cara semakan status yang lengkap di bawah :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS – https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Portal Rasmi PADANS akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semak] untuk semakan.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
    • tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Status kelayakan penerima Bantuan Syukur Sabah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi PADANS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Syukur Sabah : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment