SEMAKAN MYSARA IC 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

SEMAKAN MYSARA IC 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

Salah satu usaha Kerajaan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan atau rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup, Kerajaan menyediakan bantuan tanpa tunai dalam bentuk barangan asas melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) agar dapat meringankan beban kos sara hidup penerima.

Bagaimanakah semakan status kelayakan dan bayaran mysara ic 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BANTUAN BUJANG 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN SARA & STR

CARA PELAKSANAAN MYSARA IC 2026

Bantuan MySARA IC dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
Tempoh BantuanSetiap Bulan (12 Bulan)
Bermula Januari Sehingga Disember
Cara PembayaranSecara Tanpa Tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan)
ManfaatBarangan Keperluan Asas

SYARAT KELAYAKAN MYSARA IC 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

SARA EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan BujangKategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa, dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih

AMAUN BAYARAN MYSARA IC 2026

Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

  • Kadar Bayaran Setiap Bulan :
KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
  • Kadar Bayaran Setahun (Total Keseluruhan) :
KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM2,400 SetahunRM1,200 Setahun
Warga Emas Tanpa PasanganRM1,800 SetahunRM600 Setahun
BujangRM1,200 SetahunRM600 Setahun

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & BAYARAN MYSARA IC 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
Status Layak (jika anda layak)
Tarikh Program Bermula 09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment