CARA MOHON STR TAMBAHAN : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON & SEMAK KELAYAKAN
Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memenuhi syarat kelayakan, layak menerima bantuan setiap bulan sebagai bantuan tambahan khusus untuk membeli barangan keperluan asas harian.
Bagaimanakah cara mohon dan semak kelayakan str tambahan? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: AMAUN BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2026 : CHECK JUMLAH PEMBAYARAN
STR TAMBAHAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tambahan ialah bantuan tambahan yang diberikan kepada setiap penerima STR 2026, khas untuk dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas. STR tambahan dilaksanakan seperti berikut :
| SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) TAMBAHAN |
|---|---|
| Pembayaran Secara Berfasa (4 Fasa) | Pembayaran Setiap Bulan (12 Bulan) |
| Secara Tunai Melalui Bank Penerima | Secara Tanpa Tunai Melalui MyKad Penerima |
| Boleh dibelanjakan untuk semua jenis barangan | Boleh dibelanjakan untuk barangan keperluan asas yang diluluskan sahaja di kedai berdaftaR |
SYARAT KELAYAKAN STR TAMBAHAN
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tambahan 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR KELAYAKAN STR TAMBAHAN
Kadar Kelayakan STR Tambahan 2026 adalah seperti berikut :
- Jumlah Bantuan STR 2026 :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) Berusia 60 tahun dan ke atas | RM600 |
| Bujang Berusia 21 – 59 tahun; Berusia 19 – 59 tahun (OKU) | Bayaran digantikan melalui Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan Melalui MyKad |
- Jumlah STR Tambahan (SARA) :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Total Setahun : RM2,400) | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,800) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
CARA SEMAK KELAYAKAN STR TAMBAHAN 2026
Status kelayakan penerima bayaran STR Tambahan, boleh di semak secara online seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Status Kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Status kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
- Selesai.
CARA MOHON STR TAMBAHAN
Untuk melayakkan anda menerima STR tambahan, bantuan STR perlu di mohon terlebih dahulu, cara permohonan boleh diikuti seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda.
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan STR Tambahan (Sumbangan Asas Rahmah), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026