SEMAK BANTUAN E KASIH 2026 : DUIT RM200 SETIAP BULAN

SEMAK BANTUAN E KASIH 2026 : DUIT RM200 SETIAP BULAN

Setiap bulan bermula pada bulan Januari hingga Disember, Kerajaan akan menyalurkan bayaran Bantuan eKasih sebanyak RM200 sehingga terkumpul RM2,400 setahun khas kepada yang berdaftar serta tersenarai dalam pangkalan data eKasih.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima Bantuan eKasih RM200 setiap bulan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH 2026 : SEMAKAN & BAYARAN

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN E KASIH RM200 SETIAP BULAN 2026

Mereka yang layak menerima Bantuan eKasih sebanyak RM200 setiap bulan adalah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua Isi Rumah (KIR);
  • Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / bercerai (ada anak masih tanggungan);
  • Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa dan tersenarai dalam rekod data eKasih 2026;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026.

JADUAL BAYARAN BANTUAN E KASIH RM200 SETIAP BULAN 2026

Setiap bulan bermula Januari hingga Disember, Bantuan eKasih bernilai RM200 akan disalurkan mengikut tarikh yang dijadualkan oleh Kerajaan seperti berikut :

JUMLAH BANTUANTARIKH BAYARANSTATUS
RM2009 Januari 2026✅ Telah dibayar
RM2001 Februari 2026✅ Telah dibayar
RM2001 Mac 2026✅ Telah dibayar
RM2001 April 2026✅ Telah dibayar
RM2001 Mei 2026🔜 Belum dibayar
RM2001 Jun 2026🔜 Belum dibayar
RM2001 Julai 2026🔜 Belum dibayar
RM2001 Ogos 2026🔜 Belum dibayar
RM2001 September 2026🔜 Belum dibayar
RM2001 Oktober 2026🔜 Belum dibayar
RM2001 November 2026🔜 Belum dibayar
RM2001 Disember 2026🔜 Belum dibayar

CARA BAYARAN BANTUAN E KASIH RM200 SETIAP BULAN

Bagi mengelakkan berlaku sebarang ketirisan, Bantuan eKasih berjumlah RM200 dibayar dengan cara yang cekap, telus dan selamat iaitu secara tanpa tunai menerusi Kad Pengenalan khas kepada Ketua Isi Rumah yang menenuhi kelayakan sahaja.

KEGUNAAN BANTUAN E KASIH RM200 SETIAP BULAN

Dengan Bantuan RM200 yang disalurkan dalam Kad Pengenalan, penerima boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan asas seperti berikut :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam).
  • Makanan sejuk beku (Contoh : Daging burger, Bebola ayam, Roti canai, dan sebagainya)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
  • Keperluan asas bayi (Contoh : Lampin pakai buang, susu tepung, sabun mandian).

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN E KASIH 2026

Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan eKasih, anda boleh membuat semakan secara online melalui portal rasmi eKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 700129101234.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Seterusnya boleh mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan dalam Kad Pengenalan setiap bulan seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA setiap bulan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment