LOGIN BAUCAR KITA SELANGOR 2026
Seramai 50,000 rakyat Selangor bakal menerima inisiatif bantuan terbaru iaitu bantuan RM100 setiap bulan melalui Program Baucar Kita Selangor yang akan dilaksanakan bermula Jun 2026.
Bagaimanakah cara login dan mohon baucar kita selangor? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA MOHON BAUCAR KITA SELANGOR 2026
BAUCAR KITA SELANGOR
Baucar Kita Selangor inisiatif baharu oleh Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor. Tujuan utama bantuan ini dilaksanakan untuk memastikan golongan terjejas tidak terjerumus ke dalam kemiskinan tegar sekiranya kehilangan sumber pendapatan akibat krisis tenaga dan inflasi.
Sebanyak RM30 juta diperuntukkan dan akan memberi manfaat kepada seramai 50,000 ribu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40), dengan pemberian baucar setiap bulan selama tempoh enam (6) bulan untuk pembelian barang keperluan asas seperti makanan asas.
| Nama Program | Baucar Kita Selangor |
| Kadar Bantuan | RM100 Setiap Bulan |
| Tempoh Bantuan | Bantuan akan diberikan dalam tempoh 6 bulan bermula Jun sehingga November 2026 |
SYARAT KELAYAKAN BAUCAR KITA SELANGOR
Kelayakan penerima bantuan Baucar Kita Selangor RM100 adalah seperti berikut :
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Warganegara Malaysia |
| Negeri Kelahiran | Negeri Selangor |
| Status Penduduk Selangor | Penduduk tetap Selangor |
| Mukim | Bermukim di Negeri Selangor |
| Kadar Pendapatan | Pendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) tidak melebihi RM5,000 |
Syarat KHUSUS dan lebih terperinci masih belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
LOGIN BAUCAR KITA SELANGOR 2026
Program Bantuan Baucar Kita Selangor baru sahaja diumumkan oleh Kerajaan Negeri pada pertengahan April, DAN akan dilaksanakan bermula Jun 2026. Oleh itu, kaedah permohonan masih belum diumumkan, dan sistem pendaftaran atau platform permohonan rasmi akan dikemaskini dari semasa ke sama sebaik sahaja diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Rakyat Selangor dikehendaki untuk mendapatkan info berkaitan permohonan bantuan ini dari semasa ke semasa, melalui pautan rasmi Selangor.
JADUAL PENGKREDITAN BAUCAR KITA SELANGOR
Tarikh rasmi untuk pemberian baucar RM100 sebulan belum diumumkan. Namun, bantuan ini akan dilaksanakan setiap bulan bermula pada bulan Jun sehingga November 2026. Tarikh rasmi pelaksanaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
| JADUAL AGIHAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Jun 2026 | RM100 |
| Julai 2026 | RM100 |
| Ogos 2026 | RM100 |
| September 2026 | RM100 |
| Oktober 2026 | RM100 |
| November 2026 | RM100 |
| Total Keseluruhan | RM600 |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Baucar Kita Selangor anda boleh rujuk info rasmi di bawah :
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor : https://www.selangor.gov.my/utama
- Talian Bantuan : 03-55447000
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://web.facebook.com/MediaSelangor/posts/kerajaan-negeri-akan-memperkenalkan-baucar-kita-selangor-bernilai-rm100-sebulan-/1414073347421371/?_rdc=1&_rdr#