PERMOHONAN BANTUAN TUNAI IPT 2026 (RM1500 & RM2000)
Bantuan Tunai sebanyak RM1,500 dan RM2,000 akan disalurkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan setaraf yang berkelayakan yang dapat menyambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi seperti Diploma, asasi, matrikulasi, ijazah sarjana muda dan sebagainya.
Bagaimanakah cara permohonan Bantuan Tunai IPT? Rujuk panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SKAS FASA 2 2026 : SEMAKAN, TARIKH BAYARAN & JUMLAH BANTUAN
APA ITU BANTUAN TUNAI IPT
Bantuan Tunai IPT atau rasminya Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) yang diperkenalkan di bawah Kerajaan Negeri Sabah khas untuk membantu pelajar kelahiran Sabah yang berkelayakan untuk menyambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi.
Menerusi Bantuan Tunai IPT ini, kerajaan dapat membantu meringankan bebanan yuran pendaftaran khusus kepada pelajar yang dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) di Sabah.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI IPT 2026
Bagi pelajar yang layak akan menerima Bantuan Tunai IPT secara sekaligus (one-off) dengan jumlah yang ditetapkan mengikut tahap pendidikan yang dapat seperti berikut :
| TAHAP PENDIDIKAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Diploma / Foundation / Matrikulasi | RM1,500 / setiap individu |
| Ijazah Sarjana Muda | RM2,000 / setiap individu |
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN TUNAI IPT 2026
Ibu bapa atau pelajar boleh mula kemukakan permohonan Bantuan Tunai IPT bermula pada tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :
| TARIKH PERMOHONAN DIBUKA | WAKTU |
|---|---|
| 20 April 2026 (Isnin) | Bermula 10:00 pagi |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI IPT 2026
Bagi yang ingin kemukakan permohonan Bantuan Tunai IPT, pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :
- Syarat Umum :
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus ‘Bumiputera Sabah’;
- Kategori pendapatan keluarga B40 / M40;
- Pengajian sesi sepenuh masa :
- Asasi
- Matrikulasi
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Syarat Kelayakan :
- Kemasukan kali pertama sepenuh masa ke IPTA / IPTS (Malaysia atau luar negara) bagi tahun 2026 permohonan.
PERMOHONAN BANTUAN TUNAI IPT 2026
Ikui panduan lengkap cara permohonan Bantuan Tunai IPT secara atas talian (online) melalui laman web rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi BUDI Sabah di sini : https://budi.sabah.gov.my/.
- Halaman utama BUDI Sabah akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Daftar].
- Masukkan maklumat seperti :
- Nama penuh;
- Nombor Kad Pengenalan;
- Alamat e-mel yang aktif.
- Klik pada butang [Daftar].
- Kata Laluan sementara akan dihantar ke e-mel anda.
- Pergi ke laman utama dan klik [Permohonan / Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Klik pada butang [Hantar].
- Permohonan akan diproses.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN TUNAI IPT
Bagi melancarkan permohonan, pemohon perlu masukkan bersama dokumen sokongan seperti berikut :
- Surat beranak.
- Kad pengenalan / sijil berkaitan.
- Slip gaji / pengesahan bekerja.
- Surat tawaran dan pengesahan kemasukan IPT.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Tunai IPT, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 088-369872 / 088-369164 / 088-369897 / 088-369890
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://budi.sabah.gov.my/.