BANTUAN DUIT RM100 SEBULAN 2026 : CARA MOHON & SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
Terkini! Kerajaan Negeri Selangor baru sahaja mengumumkan satu bantuan khas dalam bentuk tunai sebanyak RM100 kepada rakyat Selangor yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terpilih untuk menerima bayaran secara bulanan dalam tempoh 6 bulan.
Bagaimanakah cara mohon dan semak kelayakan bantuan duit rm100 sebulan? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BAYARAN SKAS FASA 2 2026 : SEMAKAN
APA ITU BANTUAN RM100 SEBULAN?
Bantuan duit RM100 Sebulan disini merujuk kepada Baucar Kita Selangor, di mana inisiatif ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam bentuk tunai yang merupakan sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor.
Bantuan ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan golongan terjejas tidak terjerumus ke dalam kemiskinan tegar sekiranya kehilangan sumber pendapatan akibat krisis tenaga dan inflasi.
Sebanyak RM30 juta diperuntukkan dan akan memberi manfaat kepada seramai 50,000 ribu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40), dengan pemberian baucar sebanyak RM100 sebulan ada setiap bulan selama tempoh enam (6) bulan untuk pembelian barang keperluan asas seperti makanan asas.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM100 SEBULAN
Kelayakan penerima bantuan Baucar Kita Selangor RM100 adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penduduk tetap Selangor (bermukim di Negeri Selangor);
- Pendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40);
Syarat KHUSUS dan lebih terperinci masih belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
CARA PELAKSANAAN BANTUAN RM100 SEBULAN
Bantuan Duit RM100 Sebulan dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | Baucar Kita Selangor |
| Jumlah Penerima | 50,000 rakyat Selangor |
| Jumlah Bantuan | RM100.00 |
| Tempoh Bantuan | 6 Bulan (Bermula Jun sehingga November) |
| Cara Pengagihan | Dalam bentuk baucar |
TARIKH AGIHAN DUIT RM100 SEBULAN
Memandangankan Program Bantuan Baucar Kita Selangor baru sahaja diumumkan oleh Kerajaan Negeri pada pertengahan April 2026, tarikh rasmi untuk pemberian baucar RM100 sebulan belum diumumkan.
Namun, bantuan ini akan dilaksanakan setiap bulan bermula pada bulan Jun sehingga November 2026. Tarikh rasmi pelaksanaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
| JADUAL AGIHAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Jun 2026 | RM100 |
| Julai 2026 | RM100 |
| Ogos 2026 | RM100 |
| September 2026 | RM100 |
| Oktober 2026 | RM100 |
| November 2026 | RM100 |
CARA PERMOHONAN BANTUAN RM100 SEBULAN
Kaedah rasmi, atau cara permohonan masih belum diumumkan, dan sistem pendaftaran rasmi akan dikemaskini dari semasa ke sama sebaik sahaja kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Namun, diingatkan bahawa bantuan ini hanya akan diberikan kepada 50,000 rakyat Selangor yang memenuhi syarat kelayakan yang mungkin akan dipilih secara automatik berdasarkan kategori dan data rakyat yang berpendapatan rendah (B40 dan M40) di Negeri Selangor.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Baucar Kita Selangor anda boleh rujuk info rasmi di bawah :
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor : https://www.selangor.gov.my/utama
- Talian Bantuan : 03-55447000
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://web.facebook.com/MediaSelangor/posts/kerajaan-negeri-akan-memperkenalkan-baucar-kita-selangor-bernilai-rm100-sebulan-/1414073347421371/?_rdc=1&_rdr#