PERMOHONAN BANTUAN KHAS SARAWAK 2026

PERMOHONAN BANTUAN KHAS SARAWAK 2026

Bantuan Khas Sarawak (SKAS) bakal memasuki pembayaran Fasa 2, dan akan dikreditkan ke dalam e-Dompet S Pay Global penerima yang layak pada tarikh yang ditetapkan, khas untuk penerima membuat pembelian barangan makanan asas harian.

Bagaimanakah cara permohonan bantuan khas sarawak 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN KHAS SARAWAK 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

PENGENALAN BANTUAN KHAS SARAWAK

Menerut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kadar peruntukkan Bantuan Khas Sarawak iaitu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk tahun 2026 dinaikkan kepada RM680.0 juta berbanding sebelum ini hanya RM557 juta pada 2025.

Untuk tahun 2026, seramai hampir 900,000 rakyat Sarawak termasuk Kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang layak menerima bantuan ini melalui e-Dompet Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Aplikasi S Pay Global khusus digunakan untuk pembelian barangan makanan asas.

PERMOHONAN BANTUAN KHAS SARAWAK 2026

Setakat ini, tiada permohonan baharu dibuka untuk Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) tahun 2026. Pemberian bantuan ini hanya akan diberikan mengikut data penerima sebelum ini iaitu Data Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di mana kelayakan penerima bantuan ini adalah ditentukan berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.

SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Kelahiran Sarawak;
  • Pemegang Kad Pengenalan ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);

Kategori & Kelayakan Penerima :

KATEGORI ISI RUMAHKATEGORI WARGA EMAS TANPA PASANGANKATEGORI BUJANG
Berkahwin; atauBujang; atauBujang; atau
Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Ada Anak);
Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);
Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);
Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah;Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; danPendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;
Tiada had umurHad umur 60 tahun dan ke atasBujang berumur antara 21-59 tahun; atau

Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun
Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa

AMAUN BANTUAN SETIAP FASA

Jumlah Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), untuk setiap Fasa bantuan adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAFASA 1FASA 2FASA 3TOTAL SETAHUN
Isi RumahRM316RM166RM100RM1,100
Warga Emas
Tanpa Pasangan
RM424RM234RM150RM600
BujangRM360RM200RM125RM375

SEMAK STATUS BANTUAN KHAS SARAWAK

Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut :

  • Layari Portal Rasmi Semakan Status Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
  • Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
  • Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
  • Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
  • Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) mengikut contoh seperti berikut :
Nama (Name)Ali Bin Abu
Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number)XXXXXX-XX-XXXX
StatusLayak (Eligible)
Kategori SKAS (SKAS Category)Isi Rumah (Household)
Jumlah SKAS (SKAS Value)RM1,100

KAEDAH BAYARAN BANTUAN KHAS SARAWAK

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan setiap fasa seperti berikut :

KAEDAH BAYARANMEDIUM BAYARAN
Tanpa tunai (Baucar Digital)Aplikasi S Pay Global (e-Dompet)
Pengguna Android
Pengguna iOS

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS SARAWAK 2026

Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dikreditkan mengikut jadual berikut :

TARIKH PEMBAYARAN
Fasa 1 :
10 Mac 2026, Selasa
Fasa 2 :
15 Mei 2026, Jumaat
Fasa 3 :
10 November 2026, Selasa

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/

Leave a Comment