BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR : 2026 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Bagi memastikan keperluan harian penerima mencukupi, Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini memperluaskan kategori barangan asas yang diluluskan kepada 15 kategori barangan termasuk barangan dapur, dan penerima boleh mendapatkannya di kedai atau pasar raya berdaftar di bawah Program SARA.
Bagaimanakah semak status kelayakan bantuan pembelian barang dapur? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SARA SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN SETIAP BULAN DALAM MYKAD
SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR 2026
Antara barangan dapur yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah :
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Makanan Sejuk Beku : Sosej / Burger / Daging / Sayuran Sejuk Beku
SIAPAKAH LAYAK BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR?
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|
| Kategori Isi Rumah : RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | Kategori Isi Rumah : RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan : RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan : RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Kategori Bujang : RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | Kategori Bujang : RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
CARA PEMBELIAN BARANG DAPUR
Penerima yang belum mengetahui cara membeli barangan dapur menggunakan kredit bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), boleh ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026