BANTUAN MY SARA 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BAYARAN BULANAN
Setiap penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih / SARA yang boleh ditebus atau dibeli menggunakan MyKad bagi memenuhi keperluan harian.
Bagaimanakah semak status kelayakan bayaran bulanan bantuan my sara? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN IBU BERSALIN 2026 : SEMAKAN & PERMOHONAN
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MY SARA
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| SARA MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|
| Warganegara Malaysia; Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
CARA PELAKSANAAN & TEMPOH BANTUAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dilaksanakan seperti berikut :
| CARA PELAKSANAAN | TEMPOH BANTUAN |
|---|---|
| Secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad untuk menebus/berbelanja barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai atau pasar raya berdaftar | Setiap Bulan (12 Bulan) Tarikh Bermula : 9 & 16 Januari 2026 Tarikh Luput : 31 Disember 2026 |
JUMLAH BULANAN BANTUAN MY SARA
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| PENERIMA MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
|---|---|
| Kategori Isi Rumah : RM200 Setiap Bulan | Kategori Isi Rumah : RM100 Setiap Bulan |
| Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan : RM150 Setiap Bulan | Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan : RM50 Setiap Bulan |
| Kategori Bujang : RM50 Setiap Bulan | Kategori Bujang : RM50 Setiap Bulan |
SEMAK STATUS BANTUAN MY SARA 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026