BANTUAN SKAS ONLINE : SEMAKAN FASA 2 2026

BANTUAN SKAS ONLINE : SEMAKAN FASA 2 2026

Setiap empat (4) bulan sekali Kerajaan Negeri Sarawak akan menyalurkan bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk rakyat Sarawak membuat perbelanjaan keperluan asas harian yang diperlukan.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima Bantuan SKAS Fasa 2 secara online? Ikuti panduan semakan dan baca info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYSARA ONLINE : CARA SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026

SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN SKAS

Bantuan SKAS hanya layak diterima oleh rakyat Sarawak yang memenuhi syarat-syarat umum dan khas yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemegang MyKad status ‘K’;
  • Beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.

Serta memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut :

ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
Kahwin;

atau

Balu / Bercerai
(ada anak yang
masih tanggungan)
Bujang;

atau

Balu / Bercerai
(tiada anak yang
masih tanggungan)
Bujang;

atau

Balu / Bercerai
(tiada anak yang
masih tanggungan)
Tiada had umur60 tahun; dan
ke atas
21 hingga 59 tahun
Pendapatan
bawah
RM5,000 sebulan
Pendapatan
bawah
RM5,000 sebulan
Pendapatan
bawah
RM2,500 sebulan

BERAPA BAYARAN BANTUAN SKAS

Jumlah bayaran Bantuan SKAS adalah disalurkan bergantung kepada kategori penerima isi rumah, warga emas dan bujang seperti berikut :

  • Jumlah Bayaran Untuk Isi Rumah :
FASA BAYARANJUMLAH BAYARAN
(RM950 SETAHUN)
Fasa 1RM316
Fasa 2RM316
Fasa 3RM318
  • Jumlah Bayaran Untuk Warga Emas :
FASA BAYARANJUMLAH BAYARAN
(RM500 SETAHUN)
Fasa 1RM166
Fasa 2RM166
Fasa 3RM168
  • Jumlah Bayaran Untuk Bujang :
FASA BAYARANJUMLAH BAYARAN
(RM300 SETAHUN)
Fasa 1RM100
Fasa 2RM100
Fasa 3RM100

BILA BAYARAN BANTUAN SKAS

Dari Fasa 1, Fasa 2 dan hingga Fasa 3 bayaran Bantuan SKAS akan dilaksanakan setiap empat (4) bulan sekali mengikut pada tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 110 Mac 2026 – Selasa
Fasa 215 Mei 2026 – Jumaat
Fasa 310 November 2026 – Selasa

BAGAIMANA BAYARAN BANTUAN SKAS

Kerajaan Negeri Sarawak tidak melaksanakan bayaran Bantuan SKAS secara tunai, namun mengkreditan bayaran secara tanpa tunai melalui platform seperti berikut :

CARA BAYARANPLATFORM
Pembayaran Bantuan SKAS
dilaksanakan secara
pengkreditan tanpa tunai
setiap empat (4) bulan sekali
dalam bentuk baucar digital
e-Dompet
(Aplikasi S Pay Global)

SEMAKAN BANTUAN SKAS ONLINE

Mudah sahaja untuk tahu status kelayakan sebagai penerima Bantuan SKAS, anda hanya perlu layari laman sesawang yang rasmi seperti panduan di bawah :

  1. Sila layari laman sesawang rasmi SKAS Sarawak di sini :
  2. Halaman utama SKAS Sarawak akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor MyKad* anda.
    • Tanpa sempang “-” dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 441221139999.
  5. Klik pada butang [Cari] di bawah.
  6. Mesej status kelayakan akan dipaparkan sekiranya anda layak terima bayaran Bantuan SKAS Fasa 2.
  7. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SKAS Sarawak. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian SKAS Sarawak : 082 555 999
  • Fax SKAS Sarawak : 082 555 888
  • E-mel SKAS Sarawak : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.

Leave a Comment