SKAS SARAWAK FASA 2 : SEMAKAN 2026

SKAS SARAWAK FASA 2 : SEMAKAN 2026

Dari seramai 857,814 ribu penerima yang disahkan layak terima bayaran Bantuan SKAS Sarawak (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak), hanya sebahagian yang belum buat semakan kelayakan untuk mengetahui status bayaran Fasa 2 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima bayaran SKAS Sarawak Fasa 2? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MyKasih Bulan Ini Dah Masuk – Ramai Tak Tahu Cara Guna Di Kedai

PENGENALAN SKAS SARAWAK

SKAS Sarawak atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak adalah merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu rakyat Sarawak untuk menampung kos perbelanjaan keperluan asas harian.

Tujuan penyaluran Bantuan SKAS Sarawak :

  • Menampung kos sara hidup rakyat;
  • Memastikan keperluan asas rakyat mencukupi;
  • Dapat meringankan bebanan kewangan rakyat B40 dan M40 di Sarawak.

JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK

Tentunya jumlah Bantuan SKAS Sarawak disalurkan mengikut kategori penerima bagi setiap fasa seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
PERINGKAT FASAJUMLAH BAYARAN
Fasa 1RM316
Fasa 2RM316
Fasa 3RM318
= RM950 setahun
  • Kategori Warga Emas :
PERINGAT FASAJUMLAH BAYARAN
Fasa 1RM166
Fasa 2RM166
Fasa 3RM168
= RM500 setahun
  • Kategori Bujang :
PERINGKAT FASAJUMLAH BAYARAN
Fasa 1RM100
Fasa 2RM100
Fasa 3RM100
= RM300 setahun

CARA TERIMA SKAS SARAWAK FASA 2

Hanya satu (1) cara sahaja untuk terima bayaran Bantuan SKAS Sarawak, iaitu melalui :

CARA TERIMAMEDIUM BAYARAN
Penerimaan secara baucar digital
tanpa tunai (cashless)
Akaun e-Dompet
dalam aplikasi mudah alih
S Pay Global
*Penerima hanya perlu membuat pembelian secara tanpa tunai dengan menggunakan bayaran melalui aplikasi mudah alih S Pay Global di premis terpilih seluruh Negeri Sarawak.

JADUAL KREDIT BANTUAN SKAS SARAWAK

Pengkreditan Bantuan SKAS Sarawak dilaksanakan setiap empat (4) bulan sekali dijadualkan pada tarikh seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH KREDIT
Fasa 110 Mac 2026 (Selasa)
Fasa 215 Mei 2026 (Jumaat)
Fasa 310 November 2026 (Selasa)

SEMAKAN SKAS SARAWAK FASA 2

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SKAS Sarawak, rujuk panduan semakan di bawah :

  1. Layari laman web rasmi di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/211/821/.
  2. Klik [Check Eligibility ]
  3. Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah. Jika anda masih belum ada akaun, sila rujuk cara pendaftaran SarawakID di bawah.
  4. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda
  5. Seterusnya, klik butang [Next].
  6. Klik pada [My Individual Account].
  7. Masukkan nombor MyKad anda.
  8. Kemudian, klik [Search].
  9. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  10. Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
  11. Selesai.

INFO LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SKAS Sarawak. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian SKAS Sarawak : 082 555 999
  • Fax SKAS Sarawak : 082 555 888
  • E-mel SKAS Sarawak : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/211/821/.

Leave a Comment