TERKINI: Bantuan Tambahan Untuk Barang Dapur – Ini Cara Mohon Sebelum Tamat

TERKINI: Bantuan Tambahan Untuk Barang Dapur – Ini Cara Mohon Sebelum Tamat

Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal menerima bantuan tambahan secara bulanan untuk menyokong perbelanjaan barangan keperluan terutama barangan dapur, mengikut kategori yang diluluskan.

Bagaimanakah semakan penerima dan permohonan bantuan tambahan untuk barang dapur? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: Hati-Hati! Ramai Gagal Dapat Bantuan Ini Sebab Tak Buat Semakan

Kelayakan Penerima Bantuan Tambahan Untuk Beli Barang Dapur

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

TERKINI: Bantuan Tambahan Untuk Barang Dapur – Ini Cara Mohon Sebelum Tamat

Untuk melayakkan anda menerima bantuan tambahan dalam bentuk barang dapur, berikut merupakan cara mohon bantuan :

  • Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
  • Pendaftaran eKasih (Penerima Miskin/Miskin Tegar).

Permohonan Bantuan Tambahan Untuk Barang Dapur

Panduan Lengkap Permohonan Bantuan Untuk Tambahan Barang Dapur :

Cara Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  4. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  6. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  7. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda.
  8. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  9. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  10. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  11. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  12. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  13. Muat naik dokumen Sokongan.
  14. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  15. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  16. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  17. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  18. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  19. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  20. ⁠Selesai.

Cara Pendaftaran eKasih :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut :
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
  8. Selesai.

Jumlah Bantuan Tambahan Untuk Beli Barang Dapur

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASARA BULANAN
(BERSTATUS EKASIH)
SARA BULANAN
(BUKAN EKASIH)
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

Tarikh Pengkreditan Bantuan Tambahan

Bantuan Bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dilaksanakan mengikut tarikh berikut :

TARIKH BAYARANTARIKH AKHIR/LUPUT
9 & 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
31 Disember 2026

Semakan Status Penerima Bantuan Tambahan

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. ⁠Selesai.

Cara Guna Bantuan Tambahan Untuk Beli Barang Dapur

Setiap penerima Bantuan SARA akan menerima bayaran setiap bulan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk perbelanjaan barangan dapur seperti berikut :

  • Beras;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Tepung;
  • Bahan perasa;

Penerima yang belum mengetahui cara mendapatkan barangan tersebut, boleh ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Info Lanjut

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment