SEMAK SUBSIDI MINYAK RON95 : KELAYAKAN PENERIMA & BAKI KUOTA

SEMAK SUBSIDI MINYAK RON95 : KELAYAKAN PENERIMA & BAKI KUOTA

Pelbagai kemudahkan dan subsidi yang disediakan untuk rakyat supaya dapat meringankan bebanan kos sara hidup. Subsidi minyak petrol RON95 masih diberikan dengan had kuota yang baharu dan rakyat Malaysia yang layak masih boleh mengisi minyak dengan harga subsidi.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima dan baki kuota subsidi minyak RON95? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA DAFTAR ECOSS – UNTUK BELI MINYAK MASAK SUBSIDI

HARGA MINYAK RON95

Berikut merupakan harga minyak RON95 semasa tanpa subsidi dan dengan subsidi :

SUBSIDIHARGA MINYAK RON95
Tanpa SubsidiRM4.27 / seliter
Dengan SubsidiRM1.99 / seliter

HAD KUOTA SUBSIDI MINYAK RON95

Namun, Kerajaan telah menghadkan kuota penggunaan minyak RON95 dengan subsidi setiap bulan sebanyak berikut :

HAD KUOTA LAMAHAD KUOTA BARU
300 liter sebulan200 liter sebulan
*Kuota baru (200 liter sebulan) berkuatkuasa bermula 1 April 2026.

SIAPA LAYAK TERIMA SUBSIDI MINYAK RON95

Namun, tidak semua layak mengisi minyak petrol RON95 dengan menggunakan subsidi RM1.99 seliter kerana ianya terhad kepada yang layak sahaja. Berikut merupakan syarat kelayakan penerima :

SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had Umur16 tahun dan ke atas
Kadar PendapatanTidak terhad
(Terbuka kepada semua
B40, M40 dan T20)
Pemilikan Lesen MemanduMempunyai Lesen Memandu
(pelbagai kelas)
yang sah dan tidak tamat tempoh

SEMAK KELAYAKAN & BAKI KUOTA SUBSIDI MINYAK RON95

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan atau ingin mengetahui baki kuota yang ada, sila ikuti cara semakan secara online melalui laman web rasmi seperti di bawah :

  1. Sila layari laman web rasmi Budi Madani RON95 di sini : https://www.budi95.gov.my/landing.
  2. Halaman utama Budi Madani RON95 akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
  4. Masukkan Nombor MyKad anda.
    • *Tanpa <jarak> dan tanpa tanda sengkang (-).
      • Contoh : 900230112345.
  5. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  6. Status kelayakan dan baki kuota Budi Madani RON95 anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA ISI MINYAK RON95 GUNA SUBSIDI

Jika disahkan layak, anda boleh mengisi minyak petrol RON95 dengan menggunakan subsidi RM1.99 seliter seperti berikut :

  1. Kunjungi Stesen Minyak terdekat anda.
  2. Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima.
    • *Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
  3. Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
  4. Masukkan amaun yang anda ingin isi.
  5. Kemudian, bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
  6. Isi minyak RON95 seperti biasa.
  7. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi maklumat yang berkaitan Subsidi BUDI RON95 sahaja untuk memudahkan carian. Namun, untuk sebarang pertanyaan bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel berikut :

  • Talian BUDI95 : 1300 88 9595
  • Talian Whatsapp BUDI95 : 03 2631 4595
  • E-mel BUDI95 : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.budi95.gov.my/landing?rd=657868.

Leave a Comment