STR SEMAK STATUS 2026 : KELAYAKAN PENERIMA FASA 3

STR SEMAK STATUS 2026 : KELAYAKAN PENERIMA FASA 3

Berdasarkan permohonan yang dikemukakan, dijangka hampir 5.5 juta penerima yang akan disahkan layak dan akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa Tiga (3) tidak lama lagi.

Bagaimanakah cara semak status kelayakan penerima STR? Rujuk panduan dan baca maklumat bayaran lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BARANG MYKASIH YANG BOLEH DIBELI GUNA MYKAD

KADAR BANTUAN STR 2026

Kerajaan menetapkan kadar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi setiap penerima berbeza mengikut kategori dan kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi rumah melibatkan individu berkahwin (ada atau tiada anak) dan individu yang merupakan balu atau bercerai (ada anak).
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR BANTUAN STR
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah
RM2,500 sebulan)
Tiada anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501
hingga RM5,000 sebulan)
Tiada anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
>5 anak : RM900
  • Kategori Bujang :
    • Bujang melibatkan individu belum berkahwin dan individu yang merupakan balu atau bercerai (tiada anak).
KELAYAKAN BUJANGKADAR BANTUAN STR
Bujang Berumur
21 hingga 59 tahun
Bujang Berumur
60 tahun dan ke atas
(Warga Emas)
RM600

*NOTA : Untuk ketahui berapa kadar bayaran Fasa tiga (3), penerima perlu semak di Portal Rasmi STR kerana kadar bayaran berbeza kepada setiap penerima sedia ada dan penerima baharu.

JADUAL BAYARAN STR 2026

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tentunya secara berperingkat melalui empat (4) fasa seperti jadual berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa Satu (1)Bermula 20 Januari 2026
Fasa Dua (2)Bermula 10 Mac 2026
Fasa Tiga (3)Belum diumumkan
Fasa Empat (4)Belum diumumkan
*NOTA : Tarikh bayaran untuk Fasa tiga (3) dan empat (4) akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.

PLATFORM BAYARAN STR 2026

Dua (2) sahaja platform bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mengikut jenis penerima bayaran seperti berikut :

JENIS BAYARANPLATFORM
Pengkreditan tunai kepada penerima
yang mempunyai akaun bank
serta melengkapkan maklumat akaun
bank semasa permohonan STR
Akaun bank penerima
(Maybank / Bank Islam / RHB Bank
dan sebagainya)
Pembayaran tunai kepada penerima
yang tiada akaun bank atau
tidak melengkapkan maklumat akaun
bank semasa permohonan STR
Kaunter Bank Simpanan Nasional
(BSN)

STR SEMAK STATUS 2026

Bagi individu yang telah kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), boleh menyemak status kelayakan seperti berikut :

🔗 Portal Rasmi STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

  1. Pergi ke Portal Rasmi STR 2026 (klik pautan di atas 👆).
  2. Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [LOG MASUK].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 901031112345.
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. ‘Kata Kunci Keselamatan’ anda akan dipaparkan.
  7. Jika betul, klik butang [Ya].
  8. Masukkan Kata Laluan yang sah.
  9. Klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dashboard STR akan dipaparkan.
  11. Pergi ke bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan penerima STR Fasa 3 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment