SEMAK SARA MYKASIH 2026 : KELAYAKAN & PEMBAYARAN

SEMAK SARA MYKASIH 2026 : KELAYAKAN & PEMBAYARAN

Portal rasmi SARA MyKasih sentiasa dibuka untuk semakan kelayakan dan status pembayaran semasa. Oleh itu, bagi mengelakkan terlepas manfaat Bantuan SARA MyKasih, rakyat dewasa Malaysia disarankan untuk sentiasa membuat semakan dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah cara semak kelayakan dan pembayaran SARA MyKasih? Rujuk panduan semakan yang lengkap di bawah.

BACA JUGA : LOGIN SYUKUR SABAH 2026 : SEMAKAN STATUS FASA 2

SEMAK SARA MYKASIH 2026

Bagi mengelakkan kekeliruan, Kerajaan menyediakan dua (2) portal rasmi SARA dan MyKasih yang boleh diakses oleh rakyat Malaysia untuk buat semakan status kelayakan dan pembayaran Bantuan SARA MyKasih :

PORTAL RASMILINK
SARAhttps://www.sara.gov.my/
MyKasihhttps://mykasih.com.my/

Untuk semakan kelayakan dan pembayaran Bantuan SARA MyKasih, rujuk panduan lengkap di bawah :

  1. Pilih dan klik salah satu (1) link Portal Rasmi SARA / MyKasih di atas.
  2. Halaman utama salah satu (1) portal tersebut akan dipaparkan.
  3. Klik terus pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad*) anda.
    • *Tanpa <jarak> dan tanpa tanda sengkang (-).
      • Contoh : 800430112345.
  5. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SISTEM PEMBAYARAN SARA MYKASIH 2026

Kesemua penerima yang terpilih ‘Layak’ akan menerima bayaran Bantuan SARA MyKasih melalui sistem bayaran yang sama seperti berikut :

  1. 📝 Kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  2. ✅ Disahkan ‘Lulus / Layak’.
  3. 🪪 Bayaran Bantuan SARA MyKasih dikreditkan dalam Kad Pengenalan penerima.
  4. 🛒 Penerima boleh buat pembelian barang keperluan guna Kad Pengenalan.

JUMLAH PEMBAYARAN SARA MYKASIH 2026

Namun, setiap penerima hanya boleh membuat pembelian barang keperluan asas guna Bantuan SARA MyKasih mengikut jumlah yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM200 setiap bulan
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM100 setiap bulan
Warga Emas
Miskin Tegar
RM150 setiap bulan
Warga Emas
Bukan Miskin
RM50 setiap bulan
Bujang
Miskin Tegar
RM100 setiap bulan
Bujang
Bukan Miskin
RM50 setiap bulan

JADUAL PEMBAYARAN SARA MYKASIH 2026

Tentunya pembayaran Bantuan SARA MyKasih dikreditkan ke dalam Kad pengenalan penerima pada setiap bulan secara automatik mengikut tarikh yang dijadualkan seperti di bawah :

BIL.TARIKH PEMBAYARAN
1.9 Januari 2026 – Jumaat
2.1 Februari 2026 – Ahad
3.1 Mac 2026 – Ahad
4.1 April 2026 – Rabu
5.1 Mei 2026 – Jumaat
6.1 Jun 2026 – Isnin
7.1 Julai 2026 – Rabu
8.1 Ogos 2026 – Sabtu
9.1 September 2026 – Selasa
10.1 Oktober 2026 – Khamis
11.1 November 2026 – Ahad
12.1 Disember 2026 – Selasa

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA MyKasih di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment