CEK BANTUAN SARA 2026 : STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BANTUAN

CEK BANTUAN SARA 2026 : STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BANTUAN

Dengan adanya Bantuan SARA yang disalurkan setiap bulan ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan kewangan rakyat dari golongan B40 dan M40 terutamanya bagi pembelian barang keperluan asas untuk seisi keluarga.

Bagaimanakah cara cek status kelayakan dan jumlah Bantuan SARA? Rujuk panduan di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 : LAYAK ATAU TIDAK & BAYARAN (RM200 & RM100 SETIAP BULAN)

JUMLAH BANTUAN SARA 2026

Bukan semua kategori akan terima Bantuan SARA dengan jumlah yang sama. Supaya setiap penerima mendapat bantuan selayaknya, kerajaan menetapkan jumlah bayaran mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Penerima Status ‘Miskin & Miskin Tegar’ :
KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH KREDIT
SETIAP BULAN
JUMLAH
KESELURUHAN
SETAHUN
Isi RumahRM200RM2,400
Warga EmasRM150RM1,800
BujangRM100RM1,200
  • Penerima Status ‘Asas Bukan Miskin’ :
KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH KREDIT
SETIAP BULAN
JUMLAH
KESELURUHAN
SETAHUN
Isi RumahRM100RM1,200
Warga EmasRM50RM600
BujangRM50RM600

JADUAL KREDIT BANTUAN SARA 2026

Kerajaan telah selaraskan tarikh kredit Bantuan SARA yang sama kepada setiap penerima, iaitu pada tarikh-tarikh yang dijadualkan di bawah :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH KREDIT
BANTUAN SARA
Penerima Status
‘Miskin & Miskin Tegar’
9 – 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
Penerima Status
‘Asas Bukan Miskin’
9 – 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

CEK BANTUAN SARA 2026

Rujuk panduan cara cek status kelayakan penerima Bantuan SARA secara dalam talian (online) di bawah :

🔗 Pautan Portal Rasmi SARA : https://www.sara.gov.my/.

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi SARA di atas.
  2. Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
      • Contoh : 900520112345.
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status kelayakan penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
  7. Selesai.

**Contoh paparan status penerima yang layak Bantuan SARA :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

CARA PENGGUNAAN BANTUAN SARA 2026

Jika anda telah disahkan status ‘Layak’ sebagai penerima Bantuan SARA, anda boleh terus menggunakannya untuk beli barang keperluan asas setiap bulan. Berikut merupakan cara penggunaan yang mudah :

  1. Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran Bantuan SARA.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA (Sumbangan Asas Rahmah) di rak tanda harga.
  3. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  4. Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  6. Bayaran menggunakan Kad Pengenalan akan disahkan
  7. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam Kad Pengenalan.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/sara2026_faqs_final_20260108.pdf.

Leave a Comment