BANTUAN MYKASIH 2026 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Terkini! Masih ramai yang belum tahu bahawa status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh di semak dengan mudah hanya secara dalam talian, tanpa secara fizikal di kaunter kedai atau pasar raya berdaftar Program SARA.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BARANGAN MYKASIH 2026 : SENARAI BARANG & SEMAKAN STATUS BAYARAN
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS PENERIMA | KELAYAKAN |
|---|---|
| BERSTATUS EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
| BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
CARA PELAKSANAAN & TEMPOH BANTUAN MYKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dilaksanakan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| TEMPOH BANTUAN | CARA PELAKSANAAN |
|---|---|
| Setiap Bulan (12 Bulan) Tarikh Program Bermula : 9 Januari 2026 Tarikh Program Berakhir/Luput : 31 Disember 2026 | Tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) |
SEMAKAN AMAUN BULANAN BANTUAN MYKASIH 2026
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH 2026
Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026