MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS 2026 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Berdasarkan rekod terkini, kira-kira lebih 8.1 juta penerima yang disahkan ‘Layak’ menerima bayaran Bantuan MyKasih Sara setiap bulan dan sepanjang tahun 2026 ini melalui pengkreditan tanpa tunai ke dalam Kad Pengenalan masing-masing.
Bagaimanakah semakan status penerima MyKasih Sara? Rujuk panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : ANGKA GILIRAN SPM : CARA CHECK & SEMAK
JUMLAH BANTUAN MYKASIH SARA 2026
Tahun 2026, Kerajaan telah meningkatkan jumlah Bantuan MyKasih Sara bagi setiap kategori supaya ianya dapat menampung kos sara hidup rakyat. Berikut merupakan jumlah bantuan yang disalurkan sepanjang tahun 2026 :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA MISKIN TEGAR | PENERIMA BUKAN MISKIN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 sebulan x 12 bulan = RM2,400 setahun | RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun |
| Warga Emas | RM150 sebulan x 12 bulan = RM1,800 setahun | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun |
| Bujang | RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun |
SIAPA LAYAK TERIMA MYKASIH SARA 2026?
Oleh kerana Bantuan MyKasih Sara disalurkan secara automatik tanpa sebarang permohonan, berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi setiap penerima :
- Isi Rumah :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA (MISKIN TEGAR) | KELAYAKAN PENERIMA (BUKAN MISKIN) |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had | Tiada had |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak) | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) dan tersenarai dalam rekod e-Kasih | Bawah RM2,500 atau sehingga RM5,000 |
| Status STR 2026 | Lulus | Lulus |
- Warga Emas :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA (MISKIN TEGAR) | KELAYAKAN PENERIMA (BUKAN MISKIN) |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | 60 tahun ke atas | 60 tahun ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada tanggungan) | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) dan tersenarai dalam rekod e-Kasih | Bawah RM2,500 atau sehingga RM5,000 |
| Status STR 2026 | Lulus | Lulus |
- Bujang :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA (MISKIN TEGAR) | KELAYAKAN PENERIMA (BUKAN MISKIN) |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun | 21 hingga 59 tahun |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak) | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) dan tersenarai dalam rekod e-Kasih | Bawah RM2,500 |
| Status STR 2026 | Lulus | Lulus |
MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS 2026
Sila layari pautan rasmi MyKasih Sara dan ikuti cara semakan status yang lengkap dan mudah di bawah untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan MyKasih Sara untuk tahun ini :
| PAUTAN RASMI MYKASIH SARA |
|---|
| https://mykasih.com.my/ |
- Pada halaman utama MyKasih Sara.
- Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 800230112345.
- *tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Tanda pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan MyKasih Sara akan dipaparkan :
- ‘Layak’; atau
- ‘Nombor MyKad tidak wujud dalam sistem’ (tidak layak).
- Selesai.
JADUAL KREDIT MYKASIH SARA 2026
Setelah disahkan ‘Layak’, penerima akan menerima pengkreditan Bantuan MyKasih Sara pada setiap bulan mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Isi Rumah dan Warga Emas | 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Bujang | 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.