BANTUAN IC RM100 SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA

BANTUAN IC RM100 SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA

Sebulan sekali pastinya Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah ke dalam IC penerima-penerima yang layak. Bantuan yang dikreditkan sebanyak RM100 adalah khusus kepada pemegang IC yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan Kerajaan.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima Bantuan IC RM100? Ikuti panduan semakan dan sila baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH FASA APRIL 2026 : JIKA LAYAK AKAN TERIMA RM200 ATAU RM100 DALAM MYKAD

MANFAAT BANTUAN IC

Antara manfaat Bantuan yang dikreditkan dalam IC adalah :

  • Dikreditkan secara automatik tanpa sebarang permohonan.
  • Pengkreditan adalah setiap bulan ke dalam IC
  • Boleh digunakan di lebih 10,000 kedai terpilih seluruh Malaysia.
  • Boleh digunakan untuk memenuhi keperluan asas setiap bulan.
  • Baki yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya.

SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN IC RM100?

Namun, Bantuan RM100 yang dikreditkan dalam IC adalah khas kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
KategoriIsi Rumah
(berkahwin / tunggal) ada anak

atau

Bujang
(balu / janda / duda) tiada anak
Had UmurIsi Rumah : 18 tahun dan ke atas

dan

Bujang : 21 hingga 59 tahun
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500 (B40)

atau

sehingga RM5,000 (M40)
Status STR 2026Lulus permohonan STR
*NOTA : Lain-lain penerima akan menerima bayaran Bantuan Dalam IC bermula RM50, RM100, RM150 dan sehingga RM200 sebulan.

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN IC RM100

Bagaimanapun, kelayakan sebagai penerima Bantuan dalam IC boleh disemak secara online melalui laman web rasmi yang disediakan oleh Kerajaan seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi : https://www.sara.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan penerima.
    • *Tanpa <jarak> dan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  5. Tunggu pengesahan.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima Bantuan RM100 dalam IC akan dipaparkan.
  8. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN IC RM100

Jika disahkan layak dan Bantuan RM100 telah dikreditkan dalam IC, penerima boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan asas. Ikuti cara guna yang mudah seperti berikut :

LANGKAHCARA-CARA GUNA BANTUAN IC
1.Kunjungi kedai-kedai terpilih
https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
2.Pilih barang keperluan asas
(pastikan tidak lebih RM100)
3.Berikan IC kepada juruwang
untuk pengesahan penerima
4.Juruwang akan imbas setiap
barang yang dipilih
5.Transaksi bayaran akan ditolak
dalam IC
(Jika lebih RM100, penerima
perlu bayar lebihan secara tunai)
6.Resit pembelian akan diberikan
untuk rujukan baki dalam IC

TARIKH & TEMPOH GUNA BANTUAN IC RM100

Berikut merupakan tarikh dan tempoh guna Bantuan RM100 dalam IC penerima :

PERKARATARIKH-TARIKH
Tarikh pengkreditan9 – 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
Tempoh guna12 bulan
Tarikh akhir31 Disember 2026

INFO LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment