BANTUAN IBU BERSALIN 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Para wanita yang melahirkan anak kelahiran Sarawak boleh membuat permohonan bantuan kewangan Kerajaan Negeri Sarawak yang disediakan bagi memastikan para ibu mendapatkan pemakanan sihat, serta penjagaan diri yang baik dalam tempoh berpantang.
Bagaimanakah cara semak status kelayakan bantuan ibu bersalin? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK KELAYAKAN BANTUAN JKM – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN 2026
BANTUAN IBU BERSALIN
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ialah inisiatif kewangan Kerajaan Negeri Sarawak dalam bentuk tunai kepada semua ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak bagi membantu memenuhi keperluan para ibu selepas melahirkan anak untuk mendapatkan pemakanan sihat, serta penjagaan diri yang baik dalam tempoh berpantang tanpa mengira bangsa, agama atau status sosioekonomi.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat Kelayakan BIB Sarawak 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Ibu Mengandung;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘K’ (Sarawak); atau
- Isteri kepada warganegara Malaysia berstatus ‘K’ (Sarawak);
- Melahirkan bayi sama ada di dalam atau di luar Sarawak;
- Melahirkan bayi pada usia kandungan 22 minggu dan ke atas.
Info : Permohonan boleh dibuat dari selepas bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin atau usia kandungan 22 minggu ke atas (bagi kes kelahiran mati atau keguguran sahaja).
JUMLAH BANTUAN IBU BERSALIN 2026
Amaun BIB Sarawak 2026 adalah seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | JUMLAH BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak | RM450 |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN 2026
Status Kelayakan BIB Sarawak 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi iSarawakCare : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/
- Halaman utama Portal iSarawakCare akan dipaparkan – Klik [Login SarawakPass]
- Scan QR Kod menggunakan Aplikasi SarawakPass – Jika tidak mempunyai SarawakPass, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu.
- Setelah selesai daftar dan berjaya Login, tekan pada butang [Bantuan Ibu Bersalin] dan Klik [Timeline] untuk menyemak status permohonan anda.
- Maklumat Status Kelayakan dan Pembayaran akan dipaparkan.
- Atau pemohon boleh WhatsApp (mesej sahaja) di talian : +6014-6881398
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN
BIB Sarawak 2026 boleh di mohon secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi iSarawakCare : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/
- Halaman utama Portal iSarawakCare akan dipaparkan – Klik [Login SarawakPass]
- Scan QR Kod menggunakan Aplikasi SarawakPass – Jika tidak mempunyai SarawakPass, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu.
- Setelah selesai daftar dan berjaya Login, tekan pada butang [Bantuan Ibu Bersalin] dan Isikan Maklumat Pemohon dengan lengkap dan tepat di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Save] untuk hantar permohonan anda.
- Klik [View Application] untuk semakan permohonan yang telah dihantar.
- Selesai.
Catatan : Proses permohonan akan mengambil masa di antara 7 hingga 14 hari waktu bekerja. Jika layak, pemohon akan menerima notifikasi pembayaran melalui emel.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai BIB Sarawak 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 082-374700
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/383/