SEMAK KELAYAKAN BANTUAN JKM – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN 2026
Bantuan kewangan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khususnya untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan boleh di mohon bila-bila masa sahaja untuk golongan yang layak bagi memastikan kebajikan mereka terus terjaga.
Bagaimanakah semak kelayakan bantuan jkm 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK KEPUTUSAN SPM 2025 SECARA ONLINE
BANTUAN JKM
Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) ialah bantuan kewangan Persekutuan kepada golongan berkeperluan seperti kanak-kanak, warga emas dan banyak lagi bagi memastikan kebajikan mereka terus terjaga dan dapat menjalani kehidupan lebih sejahtera.
Tujuan utama Bantuan JKM adalah untuk :
- Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan.
- Alat sokongan sosial (social support tools) untuk membantu penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.
- Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama keluarga/ komuniti/ masyarakat.
- Sebagai sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
SEMAK JENIS & SENARAI BANTUAN JKM
Terdapat beberapa jenis bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang disediakan termasuk :
| JENIS BANTUAN JKM | SENARAI BANTUAN JKM |
|---|---|
| Bantuan JKM Secara Bulanan | 1) Bantuan Kanak-kanak (BKK); 2) Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU); 3) Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB); 4) Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT); 5) Bantuan Warga Emas (BWE); 6) Bantuan Am Persekutuan (BA); 7) Bantuan Anak Pelihara (BAP); 8) Bantuan Latihan Perantis (BLP) |
| Bantuan JKM Secara Sekaligus (sekali bayaran/one-off) | 1) Geran Pelancaran; 2) Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan; 3) Tabung Bantuan Segera (TBS) |
KADAR KELAYAKAN BANTUAN JKM
Amaun Bantuan JKM mengikut jenis dan keperluan penerima adalah seperti berikut :
- Bantuan JKM Secara Bulanan :
| JENIS BANTUAN | JUMLAH BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Bantuan Kanak-kanak (BKK) | RM200 – 6 tahun ke bawah RM250 – 7 – 18 tahun (RM1,000 sekeluarga) |
| Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) | RM450 sebulan |
| Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB) | RM300 sebulan |
| Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) | RM500 sebulan |
| Bantuan Warga Emas (BWE) | RM600 sebulan |
| Bantuan Am Persekutuan (BA) | RM150 sebulan seorang atau RM500 sebulan sekeluarga |
| Bantuan Anak Pelihara (BAP) | RM250 seorang anak atau RM500 untuk lebih seorang anak |
| Bantuan Latihan Perantis (BLP) | RM200 sebulan |
- Bantuan JKM Secara Sekaligus (sekali bayaran/one-off) :
| JENIS BANTUAN | JUMLAH BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Geran Pelancaran | RM2,700 sekaligus |
| Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan | Tertakluk keperluan |
| Tabung Bantuan Segera (TBS) | Tidak melebihi RM300 |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN JKM
Status Kelayakan Bantuan JKM 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari portal rasmi eBantuanJKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Halaman utama Portal eBantuanJKM akan dipaparkan.
- Klik Butang [Semak Status Permohonan Talian].
- Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] tanpa (-) di ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, Klik Butang [Semak].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Pemohon;
- Nombor Kad Pengenalan;
- Status Bantuan / Permohonan : Sama Ada Berjaya atau Tidak
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan JKM, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :
- Talian Bantuan : 03 – 8000 8000
- Portal Rasmi JKM : https://www.jkm.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jkm.gov.my/main/submenu/skimbantuankebajikan?menu=Skim%20Bantuan%20Kebajikan