SKAS 2026 SEMAKAN BAYARAN 2026
Pembayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi 2026 kini telah mula disalurkan secara berperingkat kepada rakyat Sarawak yang layak. Bagi anda yang ingin membuat Semakan bayaran SKAS 2026, portal rasmi Kerajaan Negeri Sarawak kini dibuka untuk semakan status kelayakan dan akaun kredit secara online.
Berikut dikongsikan panduan lengkap langkah demi langkah mengenai kaedah semakan, tarikh pembayaran, jumlah kadar bantuan, dan syarat kelayakan penerima SKAS 2026.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN BULANAN OKU : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
APA ITU BANTUAN SKAS?
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan inisiatif khas Kerajaan Negeri Sarawak untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40 dan M40 rendah). Bantuan disalurkan dalam bentuk baucar digital yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di premis perniagaan terpilih di seluruh Sarawak.
TARIKH BAYARAN SKAS 2026
Pengkreditan dan pengeluaran baucar bantuan SKAS 2026 disalurkan secara berfasa sepanjang tahun dan pelaksanaan pembayarannya adalah seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | 🗓️ TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Bermula 10 Mac 2026 (Selasa) dan berperingkat |
| Fasa 2 | Bermula 15 Mei 2026 (Jumaat) dan berperingkat |
| Fasa 3 | Bermula 10 November 2026 (Selasa) dan berperingkat |
JUMLAH BAYARAN SKAS FASA 1 2026
Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran Bantuan SKAS yang berbeza seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BAYARAN (FASA 1) | BAYARAN (FASA 2) | BAYARAN (FASA 3) |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM316 | RM424 | RM360 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM166 | RM234 | RM200 |
| Bujang | RM100 | RM150 | RM125 |
KAEDAH BAYARAN SKAS FASA 1 2026
Pembayaran Bantuan SKAS kepada setiap kategori adalah melalui satu (1) kaedah sahaja seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | PLATFORM |
|---|---|
| Bayaran secara baucar digital | Aplikasi S Pay Global |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SKAS 2026
Pemberian Bantuan SKAS adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Kelayakan Umum :
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
- Kelayakan setiap kategori :
| SYARAT | ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|---|
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak) | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak) | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak) |
| Had Umur | Tiada had | 60 tahun dan ke atas | 21 – 59 tahun |
| Pendapatan Bulanan | Bawah RM5,000 | Bawah RM5,000 | Bawah RM2,500 |
SKAS 2026 SEMAKAN BAYARAN
Status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan SKAS Sarawak boleh disemak secara atas talian (online) mengikut panduan di bawah :
- Layari laman sesawang rasmi SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821.
- Halaman utama SKAS Sarawak akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bawah sehingga ke butang [Semakan Kelayakan].
- Klik pada butang [Semakan Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* pemohon.
- *tanpa tanda sempang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 900330112345.
- *tanpa tanda sempang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Cari].
- Status kelayakan dan bayaran Bantuan SKAS Sarawak akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini sahaja berkaitan Bantuan SKAS Sarawak. Sekiranya pihak tuan / puan ingin mengetahui info lebih lanjut berkaitan Bantuan SKAS Sarawak, sila rujuk pihak berwajib yang rasmi seperti berikut :
- Talian SKAS Sarawak : 082 555 999
- Fax SKAS Sarawak : 082 555 888
- E-mel SKAS Sarawak : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.