SEMAKAN BANTUAN BULANAN OKU : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

SEMAKAN BANTUAN BULANAN OKU : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

Orang Kurang Upaya (OKU) layak mendapatkan Bantuan Bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dibayar secara tunai untuk menampung kos sara hidup dan sekaligus untuk kelansungan hidup.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima Bantuan Bulanan OKU? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

SENARAI BANTUAN BULANAN OKU

Pelbagai Bantuan Bulanan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Orang Kurang Upaya (OKU), antaranya termasuk :

BIL.JENIS BANTUANJUMLAH BAYARAN
1.Elaun Pekerja Orang
Kurang Upaya
(EPOKU)
RM450 sebulan seorang
2.Bantuan Orang Kurang
Upaya Tidak Berupaya
Bekerja
(BTB)
RM300 sebulan seorang
3.Bantuan Penjagaan Orang
Kurang Upaya Terlantar
(BPT)
RM500 sebulan seorag

MEDIUM BAYARAN BANTUAN BULANAN OKU

Bagi memudahkan Orang Kurang Upaya (OKU) menerima Bantuan Bulanan, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan dua (2) medium bayaran yang mengikut keadaan penerima seperti berikut :

KEADAAN PENERIMAMEDIUM BAYARAN
Penerima ada akaun bankDibayar melalui pengkreditan
terus ke dalam akaun bank
penerima / penjaga
Pnerima tiada akaun bankDibayar di kaunter Pejabat JKM
atau
di kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BULANAN OKU

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi setiap jenis Bantuan Bulanan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :

  • Kelayakan Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) :
SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had Umur16 tahun dan ke atas
(bukan penuntut
mana-mana institusi
pendidikan)
Kad OKUPemegang Kad OKU
yang berdaftar JKM
Kadar Pendapatan
Bulanan
Minimum RM1,000
hingga
RM1,700 sebulan
  • Kelayakan Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB) :
SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had Umur16 hingga 59 tahun
Kad OKUPemegang Kad OKU
yang berdaftar JKM
Tahap KesihatanTerhad dari segi
fizikal, mental, intelektual
atau deria dalam
melakukan sesuatu pekerjaan
  • Kelayakan Bantuan Orang Kurang Upaya Terlantar (BPT) :
SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had UmurTiada had
Kad OKUPemegang Kad OKU
yang berdaftar JKM
Status PenjagaanMemerlukan penjagaan
rapi kepada OKU terlantar
Kadar Pendapatan
Penjaga
Tidak melebihi RM5,000 sebulan

SEMAKAN BANTUAN BULANAN OKU

Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) / penjaga yang telah kemukakan permohonan salah satu (1) Bantuan Bulanan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). sila buat semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi JKM di sini :
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama JKM.
  3. Terus klik pada butang [Semakan Status Permohonan Talian].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  5. Klik pada butang [Semak] di bawah.
  6. Status kelayakan permohonan Bantuan OKU (EPOKU / BTB / BPT) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan Bantuan Bulanan OKU sahaja. Jika pihak tuan / puan mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, sila ajukan kepada pihak berwajib melalui talian rasmi seperti berikut :

  • Talian JKM : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.

Leave a Comment