SEMAK KEPUTUSAN SPM 2025 SECARA ONLINE

SEMAK KEPUTUSAN SPM 2025 SECARA ONLINE

Terkini! 1 hari lagi sebelum Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 dikeluarkan, dan calon SPM boleh membuat semakan dengan mudah secara online melalui saluran rasmi dalam tempoh yang ditetapkan.

Bagaimanakah semak keputusan spm 2025 secara online? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: CHECK BAYARAN SARA FASA APRIL 2026

BILA TARIKH KEPUTUSAN SPM 2025

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025 bakal diumumkan pada tarikh berikut :

TARIKHWAKTU
31 Mac 2026 (Selasa)10.00 AM/PAGI

SEMAK KEPUTUSAN SPM 2025 ONLINE

Keputusan SPM 2025 boleh di semak secara online seperti berikut :

Semakan Secara dalam Talian (Online) Di Laman Web Rasmi:

  1. Layari pautan laman web rasmi : https://myresultspm.moe.gov.my/
  2. Halaman semakan akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor angka giliran.
  4. Masukkan juga nombor kad pengenalan diri pelajar.
  5. Klik butang [Hantar].
  6. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Semakan melalui Pesanan Ringkas SMS :

  • Buka Mesej dalam telefon bimbit anda.
  • Klik pada [Cipta Mesej Baru].
  • Masukkan nombor [15888].
  • Kemudian taip SPMNombor Kad PengenalanNombor Angka Giliran
  • Contoh : [SPM 06023011234 WY18270A].
  • Klik butang [Hantar].
  • Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui SMS.
  • Selesai.

TEMPOH SEMAK KEPUTUSAN SPM 2025 ONLINE

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025 hanya boleh di semak secara online dalam tempoh masa berikut :

TARIKH BUKATARIKH AKHIR/TUTUP
31 Mac 2026, Selasa (10.00 Pagi)6 April 2026, Isnin (6.00 Petang)

TAKRIFAN GRED KEPUTUSAN SPM

Berikut merupakan takrifan gred result (keputusan) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :

GREDTAKRIF
A+Cemerlang Tertinggi
ACemerlang Tinggi
A-Cemerlang
B+Kepujian Tertinggi
BKepujian Tinggi
B-Kepujian Atas
CKepujian
DLulus Atas
ELulus
GGagal

Namun, terdapat juga beberapa takrifan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lain mengikut sebab :

Keputusan digantung / dibatalkan :

  • Catatan “Digantung” menerangkan bahawa calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
  • Catatan “Dibatalkan” menerangkan bahawa calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan “X” dalam slip keputusan peperiksaan.
  • Keputusan “T” :
  • Catatan “T” menerangkan bahawa calon tidak hadir menduduki kertas peperiksaan sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.

INFO LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Keputusan SPM, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.malaysia.gov.my/my/personas/lepasan-menengah/merancang-masa-depan/semak-keputusan-spm

Leave a Comment