SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI DIESEL : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA SUBSIDI 2026

SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI DIESEL : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA SUBSIDI 2026

Bermula 1 Julai 2026, Kerajaan telah menseragamkan kaedah pemberian subsidi Diesel iaitu pengguna boleh mendapatkan minyak Diesel dengan harga subsidi RM2.10 seliter dan Kerajaan tidak lagi memberikan subsidi dalam bentuk wang tunai.

Bagaimanakah semak kelayakan subsidi diesel? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga : SEMAK BUDI95 – CARA GUNA & BERAPA KUOTA YANG BOLEH DIGUNAKAN

APA ITU SUBSIDI DIESEL?

Subsidi Diesel adalah merupakan salah satu usaha Kerajaan bagi menbendung isu salah guna subsidi dan subsidi Diesel hanya disasarkan kepada golongan yang layak serta pemilik kenderaan diesel persendirian, petani dan penternak kecil menggunakan fleet card.

JUMLAH SUBSIDI DIESEL

Jumlah Harga minyak Diesel dengan Subsidi adalah seperti berikut :

HARGA DIESEL
DENGAN SUBSIDI
HARGA DIESEL
TANPA SUBSIDI
RM2.10 seliterSemenanjung Malaysia :
RM4.37 seliter

Sabah & Sarawak :
RM2.15 seliter

Info Penting : Bermula pada 1 Julai 2026, rakyat Malaysia yang layak boleh membeli minyak Diesel dengan harga subsidi di stesen minyak seluruh negara melalui pengesahan MyKad atau aplikasi digital di bawah Program BUDI MADANI Diesel.

SYARAT KELAYAKAN SUBSIDI DIESEL

Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:

Budi Individu (Pemilik Kenderaan Diesel Persendirian) :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah.
  • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
  • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
  • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
  • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.

Budi Agri-Komoditi (Petani dan Penternak Kecil) :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berdaftar sebagai petani, penternak, atau pekebun kecil dengan kementerian berkaitan; DAN
  • Menggunakan kenderaan atau jentera pertanian yang sah;

SEMAK STATUS KELAYAKAN SUBSIDI DIESEL

Panduan lengkap Semakan Status Budi Subsidi Diesel seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Budi Madani : https://budimadani.gov.my/
  2. Kemudian, tekan [Log Masuk]
  3. Masukkan Nombor [Kad Pengenalan/MyKad] di ruangan yang telah disediakan.
  4. Klik [Semakan Status].
  5. Status Permohonan/Kelayakan akan dipaparkan.
  6. Selesai.

CARA PEMBELIAN MINYAK DIESEL DENGAN SUBSIDI

Penerima yang layak boleh membuat pembelian minyak Diesel dengan harga subsidi RM2.10 seliter mengikut cara-cara berikut :

  1. Kunjungi mana-mana stesen minyak berhampiran anda.
  2. Berikan MyKad / tunjukan aplikasi digital BUDI MADANI Diesel kepada juruwang.
  3. Nyatakan liter yang anda ingin isi.
    • Contoh : 10 liter x RM2.10 = RM21.00
  4. Bayar secara tunai atau kad bank.
  5. Isi minyak seperti biasa.
  6. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
  • BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://budidiesel.gov.my/Download/Faq/FAQ_BUDI_Individu.pdf

Leave a Comment