SEMAKAN MY SARA – STATUS KELAYAKAN & MAKLUMAT BAYARAN 2026
Hanya rakyat dewasa di Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan secara automatik terpilih menjadi penerima Bantuan mySARA dengan bayaran sebulan sekali dikreditkan untuk perbelanjaan barang-barang keperluan asas.
Bagaimanakah semakan mySARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN STR FASA 3 2026
APA ITU MY SARA?
MySARA adalah singkatan dari Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan sebuah inisiatif bantuan tambahan yang diberikan untuk membantu meringankan kos sara hidup sekaligus untuk menampung keperluan asas rakyat B40 dan M40 setiap bulan.
JUMLAH BAYARAN MY SARA 2026
Jumlah Bantuan mySARA yang dibayar kepada setiap kategori adalah berbeza seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah STR Daftar eKasih | RM200 setiap bulan hingga RM2,400 setahun |
| Warga Emas STR Daftar eKasih | RM150 setiap bulan hingga RM1,800 setahun |
| Bujang STR Daftar eKasih | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
| Isi Rumah STR Bukan eKasih | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas STR Bukan eKasih | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
| Bujang STR Bukan eKasih | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
JADUAL BAYARAN MY SARA 2026
Pembayaran Bantuan mySARA adalah dilaksanakan mengikut jadual seperti berikut :
| JENIS KREDIT | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Pengkreditan Setiap Bulan | 9 – 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Pengkreditan Sekaligus | 9 Februari 2026 |
MEDIUM BAYARAN MY SARA 2026
Bagi memudahkan penerima untuk menerima Bantuan mySARA, Kerajaan menyediakan medium bayaran yang mudah seperti berikut :
| JENIS KREDIT | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Pengkreditan Setiap Bulan | Dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima pada setiap bulan dan perlu digunakan untuk pembelian barang keperluan asas |
| Pengkreditan Sekaligus | Dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima sekaligus sahaja dan perlu digunakan untuk pembelian barang keperluan asas |
SEMAKAN KELAYAKAN MY SARA
Bagi yang ingin mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan mySARA, ikuti cara semakan status yang lengkap di bawah :
🔗 Pautan laman rasmi mySARA : https://www.sara.gov.my/.
- Sila layari laman rasmi mySARA di atas.
- Halaman utama mySARA akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Tandakan pada [verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima mySARA akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.