SEMAK TUNTUTAN MYSALAM 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TUNTUT
Bagi rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menuntut Bantuan mySalam (takaful perlindungan percuma) yang disediakan oleh Kerajaan, tuntutan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan bayaran akan dimasukkan sekiranya layak.
Bagaimanakah semak kelayakan tuntutan mySalam? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BAYARAN SARA APRIL 2026 – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA DALAM IC
JENIS TUNTUTAN MYSALAM 2026
Terdapat dua (2) jenis tuntutan mySalam yang boleh dikemukakan, iaitu :
- Tuntutan sekali seumur hidup jika didiagnos salah satu (1) daripada 50 penyakit kritikal; atau
- Tuntutan sehari atau 14 hari jika dimasukkan ke hospital.
KADAR TUNTUTAN MYSALAM 2026
Namun, kadar bayaran mySalam adalah berdasarkan jenis tuntutan seperti berikut :
| JENIS TUNTUTAN | KADAR MYSALAM |
|---|---|
| Diagnos Penyakit Kritikal | RM8,000 sekali seumur hidup |
| Hospitalisasi | RM50 – sehari sehingga RM700 – 14 hari (maksimum) |
SYARAT KELAYAKAN MYSALAM 2026
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima mySalam yang ditetapkan oleh Kerajaan :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Berkahwin – 18 hingga 65 tahun Bujang – 21 hingga 65 tahun OKU – 18 hingga 65 tahun |
| Kadar Pendapatan (Tahunan) | Bawah RM24,000 setahun |
| Permohonan STR | Lulus ✅ |
SEMAK KELAYAKAN TUNTUTAN MYSALAM 2026
Untuk mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak anda menuntut mySalam, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi mySalam di sini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
- Halaman utama mySalam akan dipaparkan.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Masukkan 12 digit nombor MyKad anda.
- *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 800424112345.
- *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan mySalam akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA TUNTUT MYSALAM – PENYAKIT KRITIKAL
Jika disahkan ‘Layak’ dan sekiranya didiagnos salah satu (1) daripada 50 penyakit kritikal, anda boleh kemukakan tuntutan mySalam seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
CARA TUNTUT MYSALAM – HOSPITALISASI
Bagi penerima yang dimasukkan ke hospital lebih sehari atau sehingga 14 hari, boleh kemukakan tuntutan mySalam bagi hospitalisasi seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang berkaitan mySalam sahaja untuk mudahkan carian pengguna. Namun, untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan mySalam, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel seperti di bawah :
- Talian mySalam : 1300 88 8938
- E-mel mySalam : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.