SEMAK BAYARAN SARA APRIL 2026 – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA DALAM IC

SEMAK BAYARAN SARA APRIL 2026 – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA DALAM IC

Bantuan SARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah yang dilaksanakan secara bulanan akan disalurkan untuk bulan April kepada penerima sedia ada dan penerima baharu untuk membantu meringankan kos sara hidup bagi pembelian barang keperluan asas seperti barang dapur, produk kesihatan, kebersihan dan sebagainya.

Bagaimanakah semak bayaran SARA April? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PLKN SEMAKAN 2026 ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BILA TARIKH BAYARAN SARA APRIL 2026

Pembayaran Bantuan SARA untuk bulan April kepada setiap penerima yang layak adalah dilaksanakan pada tarikh yang sama, iaitu bertarikh pada :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Isi Rumah,
Warga Emas
dan
Bujang
1 April 2026 (Rabu)

BERAPA KADAR BAYARAN SARA APRIL 2026

Kadar bayaran Bantuan SARA untuk bulan April adalah disalurkan mengikut kepada kategori dan kelayakan penerima sama ada ‘Miskin Tegar’ dan ‘Bukan Miskin’ seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM200 /
setiap ketua isi rumah
Warga Emas
Miskin Tegar
RM150 /
setiap individu
Bujang
Miskin Tegar
RM100 /
setiap individu
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM100 /
setiap ketua isi rumah
Warga Emas
Bukan Miskin
RM50 /
setiap individu
Bujang
Bukan Miskin
RM50 /
setiap individu

CARA TERIMA BAYARAN SARA APRIL 2026

Kesemua penerima isi rumah, warga emas dan bujang dari pelbagai negeri akan menerima bayaran Bantuan SARA untuk bulan April dengan cara yang sama, iaitu melalui :

KATEGORI PENERIMACARA TERIMA BAYARAN
Isi Rumah,
Warga Emas
dan
Bujang
Terima bayaran secara tanpa tunai
melalui pengkreditan terus ke
dalam Kad Pengenalan (IC) penerima
yang boleh
digunakan untuk pembelian barang
keperluan asas di lebih 10,000 premis
yang terpilih seluruh Malaysia
*Nota : Penerima tidak boleh buat pengeluaran tunai dari Kad Pengenalan.

JUMLAH PENERIMA SARA APRIL 2026

Kerajaan merekodkan bahawa seramai lebih 8.1 juta rakyat Malaysia yang layak menerima bayaran Bantuan SARA untuk bulan April adalah merangkumi kategori-kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH PENERIMA
Isi Rumah3.7 juta penerima
Warga Emas1.3 juta penerima
Bujang3.1 juta penerima

SEMAK BAYARAN SARA APRIL 2026

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima dan status bayaran Bantuan SARA untuk bulan April sama ada telah dikreditkan atau belum, anda boleh buat semakan secara atas talian seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama laman web SARA akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak> (contoh : 90023011234).
  5. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima & bayaran SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment