MYKASIH SARA 2026 SEMAKAN : STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
Kos sara hidup kini semakin meningkat. Oleh itu, bagi menampung kos sara hidup rakyat, Kerajaan meneruskan lagi pemberian Bantuan MyKasih SARA kepada rakyat Malaysia yang layak melalui bayaran secara bulanan untuk pembelian barang keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status kelayakan & bayaran MyKasih SARA? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SABAH 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
MYKASIH SARA 2026 SEMAKAN
Status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA boleh disemak secara online melalui laman web rasmi MyKasih. Rujuk panduan semakan yang lengkap dan mudah di bawah :
🔗 Pautan Laman Web Rasmi MyKasih : https://mykasih.com.my/.
- Layari laman web rasmi MyKasih di atas 👆.
- Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 880130112345.
- *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 300.00 |
JUMLAH PENERIMA MYKASIH SARA 2026
Kerajaan telah mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan SARA adalah direkodkan seramai berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah (berpasangan / tunggal) | 3.7 juta penerima |
| Warga Emas (tiada pasangan) | 1.3 juta penerima |
| Bujang (belum berkahwin / balu / duda / janda tiada anak) | 3.1 juta penerima |
KADAR BANTUAN MYKASIH SARA 2026
Berikut merupakan kadar Bantuan SARA yang disalurkan kepada setiap kategori penerima pada setiap bulan dan sehingga setahun :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM200 setiap bulan (RM2,400 setahun) |
| Isi Rumah Asas Bukan Miskin | RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun) |
- Kategori Warga Emas :
| KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM150 setiap bulan (RM1,800 setahun) |
| Warga Emas Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan (RM600 setahun) |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun) |
| Bujang Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan (RM600 setahun) |
JADUAL KREDIT MYKASIH SARA 2026
Pengkreditan Bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah pada tarikh yang dijadualkan sepanjang tahun 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Isi Rumah dan Warga Emas | 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Bujang | 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.