BANTUAN SABAH 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) diteruskan untuk tahun 2026, dan kini memasuki pembayaran Fasa 1 dan akan memanfaatkan anggaran seramai 140,000 penerima yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar di Sabah.
Bagaimanakah check status kelayakan penerima bantuan sabah 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BANTUAN MYSARA ONLINE : BAYARAN & STATUS KELAYAKAN 2026
BANTUAN SABAH
Bantuan SABAH atau Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR), ialah bantuan kewangan Kerajaan Negeri Sabah kepada rakyatnya secara bulanan (selama 12 bulan) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM339.16 juta untuk tahun 2026, dan dijangka bakal memanfaatkan seramai 140,000 orang penerima.
| Nama Program | Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) |
| Jumlah Bantuan (RM) | 200.00 Setiap Bulan / 600.00 Setiap Fasa |
| Tempoh Bantuan | 12 Bulan (4 Fasa Pembayaran) |
TUJUAN PELAKSANAAN
Tujuan utama pelaksanaan Bantuan SYUKUR Sabah ialah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar; dan
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH
Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Anak Kelahiran Sabah; atau
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
- Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Syarat Tambahan :
- Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH 2026
Status kelayakan penerima Bantuan Sabah secara online seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| PADANS Sabah | https://padans.sabah.gov.my/ |
| SYUKUR Sabah | https://syukur.sabah.gov.my/ |
Semakan Status di Portal PADANS Sabah :
- Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
Semakan Status di Portal SYUKUR Sabah :
- Layari Portal Rasmi SYUKUR Sabah : https://syukur.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
AMAUN DUIT BANTUAN SABAH 2026
Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan SYUKUR Sabah seperti berikut :
| FASA BAYARAN | JUMLAH BAYARAN PER FASA | TOTAL KESELURUHAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4 | RM600 | RM2,400 |
TARIKH PENYALURAN DUIT BANTUAN SABAH 2026
Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan SYUKUR Sabah seperti berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 (Januari – Mac) | 11 Mac 2026 |
| Fasa 2 (April – Jun) | Belum diumumkan |
| Fasa 3 (Julai – September) | Belum diumumkan |
| Fasa 4 (Oktober – Disember) | Belum diumumkan |
CARA PENYALURAN DUIT BANTUAN SABAH
Berikut merupakan kaedah penyaluran duit Bantuan SYUKUR Sabah kepada penerima yang layak :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima |
| Penerima tiada akaun bank | Pemberian secara tunai di kaunter bank atau di pusat pemberian yang bersesuaian ditetapkan oleh Kerajaan Sabah |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH), anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338 atau 088 309 279
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq