SEMAK BAYARAN MYKASIH SARA – STATUS KELAYAKAN PENERIMA TERBARU 2026

SEMAK BAYARAN MYKASIH SARA – STATUS KELAYAKAN PENERIMA TERBARU 2026

Seiring dengan pertambahan bilangan penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), penerima bayaran MyKasih SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang terbaru juga bertambah seramai lebih 8.3 juta yang layak menerima bayaran dalam Kad Pengenalan.

Bagaimanakah semak bayaran MyKasih SARA terbaru? Ketahui penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN OKU 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BULANAN

SEMAK BAYARAN MYKASIH SARA TERBARU 2026

Untuk mengetahui status bayaran dan kelayakan penerima Bantuan MyKasih SARA yang terbaru, ikuti cara semakan di laman sesawang yang rasmi seperti di bawah :

  1. Layari laman sesawang rasmi MyKasih SARA di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Anda akan dipaparkan ke halaman utama MyKasih.
  3. Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan anda.
    • *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak> (contoh : 950330112345).
  5. Tandakan pada [ ] Verify you are human.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan dan bayaran Bantuan MyKasih SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

👇 Contoh paparan status kelayakan dan bayaran Bantuan MyKasih SARA :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

NILAI BAYARAN MYKASIH SARA TERBARU 2026

Nilai bayaran Bantuan MyKasih SARA ditentukan berdasarkan kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • 👰🤵 Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Miskin Tegar :
      • RM200 sebulan – RM2,400 setahun.
    • Isi Rumah Bukan Miskin :
      • RM100 sebulan – RM1,200 setahun.
  • 🧑‍🦳 Kategori Warga Emas :
    • Warga Emas Miskin Tegar :
      • RM150 sebulan – RM1,800 setahun.
    • Warga Emas Bukan Miskin :
      • RM50 sebulan – RM600 setahun.
  • 🧑‍🦱 Kategori Bujang :
    • Bujang Miskin Tegar :
      • RM100 sebulan – RM1,200 setahun.
    • Bujang Bukan Miskin :
      • RM50 sebulan – RM600 setahun.

JADUAL BAYARAN MYKASIH SARA TERBARU 2026

Pembayaran Bantuan MyKasih SARA yang terbaru dilaksanakan mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

TARIKH BAYARANHARI
9 – 16 Januari 2026Jumaat
1 Februari 2026Ahad
1 Mac 2026Ahad
1 April 2026Rabu
1 Mei 2026Jumaat
1 Jun 2026Isnin
1 Julai 2026Rabu
1 Ogos 2026Sabtu
1 September 2026Selasa
1 Oktober 2026Khamis
1 November 2026Ahad
1 Disember 2026Selasa

LANGKAH GUNA MYKASIH SARA UNTUK BELI BARANG

Mudah sahaja untuk gunakan Bantuan MyKasih SARA bagi pembelian barang keperluan asas, penerima boleh gunakannya mengikut langkah-langkah seperti berikut :

  1. Kunjungi mana-mana premis berdaftar dengan MyKasih SARA (https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barang keperluan asas yang ada label MyKasih SARA pada rak tanda harga.
  3. Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang yang bertugas.
  4. Juruwang akan sahkan penerima dan imbas setiap barang yang dipilih mengikut baki yang ada.
  5. Transaksi pembayaran akan disahkan dengan guna Kad Pengenalan.
  6. Baki Bantuan MyKasih SARA akan ditolak mengikut jumlah pembelian.
  7. Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment