SEMAKAN BAYARAN SKAS UNTUK RAKYAT SARAWAK YANG LAYAK
Inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 diteruskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan rentan di seluruh Sarawak khas untuk pembelian barangan keperluan asas harian.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai cara buat semakan bayaran SKAS 2026, syarat kelayakan penerima, kadar bantuan mengikut kategori, serta jadual pengkreditan terkini.
Bagaimanakah semak bayaran skas sarawak? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SARA 2026 SEMAKAN BAYARAN : JADUAL & TARIKH
SYARAT PENERIMA BAYARAN SKAS 2026
Penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Anak Sarawak;
- Pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
Kategori & Kelayakan Penerima :
| KATEGORI PENERIMA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Ada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; Tiada had umur |
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan Had umur 60 tahun dan ke atas |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; Bujang berumur antara 21-59 tahun; atau Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa |
AMAUN BAYARAN SKAS 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 akan diagihkan mengikut fasa kepada penerima yang layak dengan jumlah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | KADAR KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM316 | RM424 | RM360 | RM1,100 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM166 | RM234 | RM200 | RM600 |
| Bujang | RM100 | RM150 | RM125 | RM375 |
SEMAKAN STATUS BAYARAN SKAS 2026
Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
- Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
- Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
- Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :
| Nama (Name) | Ali Bin Abu |
| Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number) | XXXXXX-XX-XXXX |
| Status | Layak (Eligible) |
| Kategori SKAS (SKAS Category) | Isi Rumah (Household) |
| Jumlah SKAS (SKAS Value) | RM1,100 |
Info penting :
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 yang memenuhi syarat kelayakan bantuan SKAS akan secara automatik menerima SKAS.
- Tiada permohonan baharu atau rayuan akan dibuka sekiranya anda tidak layak atau tidak tersenarai sebagai penerima kerana penerima ditentukan berdasarkan data STR Fasa 1, 2026.
TARIKH BAYARAN SKAS 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dilaksanakan secara tiga (3) fasa pembayaran seperti berikut :
| FASA BAYARAN SKAS | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 2 | 15 Mei 2026 |
| Fasa 3 | 10 November 2026 |
KAEDAH PENYALURAN BAYARAN SKAS 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan setiap fasa seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Tanpa tunai (Baucar Digital) | Aplikasi S Pay Global |
Duit bantuan SKAS Boleh dibelanjakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar seperti beras, tepung.
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN BAYARAN SKAS
Penyaluran bayaran dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Penerima digalakkan membuat semakan dari semasa ke semasa di portal rasmi.
Pastikan anda sahkan SPay Global dengan segera supaya pengkreditan bantuan tidak gagal.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Laman Rasmi : https://service.sarawak.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/