SEMAK STATUS MYKASIH NET – KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BULANAN 2026
Bantuan MyKasih iaitu Sumbangan Asas Rahmah dibayar secara bulanan dan ianya telah mula dilaksanakan sejak Januari melalui pengkredita automatik terus ke dalam Kad Pengenalan penerima yang perlu digunakan untuk beli barang keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima bayaran bulanan Bantuan MyKasih? Ikuti panduan lengkap semakan dan sila baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN ASAS RAHMAH STR SARA 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
BILANGAN PENERIMA BAYARAN BULANAN MYKASIH
Setakat ini, penerima yang layak menerima bayaran bulanan Bantuan MyKasih adalah direkodkan seramai 8.1 juta penerima, merangkumi kategori berikut :
| KATEGORI KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah | 3.7 juta penerima |
| Warga Emas | 1.3 juta penerima |
| Bujang | 3.1 juta penerima |
JUMLAH BAYARAN BULANAN MYKASIH NET
Jumlah bayaran bulanan Bantuan MyKasih diberikan tidak sama setiap kategori penerima seperti berikut :
| KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Daftar eKasih | RM200 setiap bulan (RM2,400 setahun) |
| Warga Emas Daftar eKasih | RM150 setiap bulan (RM1,800 setahun) |
| Bujang Daftar eKasih | RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun) |
| Isi Rumah Bukan eKasih | RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun) |
| Warga Emas Bukan eKasih | RM50 setiap bulan (RM600 setahun) |
| Bujang Bukan eKasih | RM50 setiap bulan (RM600 setahun) |
TARIKH BAYARAN BULANAN MYKASIH
Semua kategori akan menerima bayaran bulanan Bantuan MyKasih pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
| KATEGORI KELAYAKAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah dan Warga Emas | 09/01/2026 (Jumaat) 01/02/2026 (Ahad) 01/03/2026 (Ahad) 01/04/2026 (Rabu) 01/05/2026 (Jumaat) 01/06/2026 (Isnin) 01/07/2026 (Rabu) 01/08/2026 (Sabtu) 01/09/2026 (Selasa) 01/10/2026 (Khamis) 01/11/2026 (Ahad) 01/12/2026 (Selasa) |
| Bujang | 16/01/2026 (Jumaat) 01/02/2026 (Ahad) 01/03/2026 (Ahad) 01/04/2026 (Rabu) 01/05/2026 (Jumaat) 01/06/2026 (Isnin) 01/07/2026 (Rabu) 01/08/2026 (Sabtu) 01/09/2026 (Selasa) 01/10/2026 (Khamis) 01/11/2026 (Ahad) 01/12/2026 (Selasa) |
PLATFORM SEMAK STATUS MYKASIH NET
Bagi memudahkan penerima untuk mengetahui status kelayakan, pihak Kerajaan telah menyediakan dua (2) platform semakan online yang mudah seperti berikut :
| PLATFORM SEMAKAN MYKASIH | PAUTAN |
|---|---|
| Aplikasi MyKasih | https://mykasih.com.my/mykasih-app/ |
| Portal MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
CARA SEMAK STATUS MYKASIH NET
Bagi yang ingin membuat semakan status MyKasih, sila ikuti panduan lengkap cara semak di bawah :
- Semakan Melalui Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Pilih jenis penerimaan [SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & One-Off].
- Klik pada butang [TERUSKAN] untuk pengenalan bantuan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor MyKad anda.
- Masukkan juga Nombor Telefon bimbit yang aktif.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Terus ke bahagian [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan Melalui Portal MyKasih :
- Layari laman Portal MyKasih yang rasmi di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad anda.
- Tandakan pada [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800.
- E-mel MyKasih : [email protected]
- Laman Pertanyaan MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.