TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026 TELAH DIUMUMKAN
Terkini, Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Ke-2 akan diawalkan bagi membantu rakyat membuat persediaan menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan tarikh bayaran STR Fasa 2 2026? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MYKAD 2026 : KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA
TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026
Bagi membantu penerima membuat persediaan perayaan Aidilfitri, Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dibayar mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026 |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada (5 juta penerima) | Bermula 10 Mac 2026, Selasa dan berperingkat |
| Penerima Baharu (200 ribu penerima) | Bermula 30 Mac 2026, Isnin dan berperingkat |
CARA TERIMA BAYARAN STR FASA 2 2026
Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mengikut dua (2) cara berikut :
| JENIS PENERIMA | CARA TERIMA BAYARAN STR FASA 2 2026 |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank | Terima bayaran secara pengkreditan melalui proses ‘IBG Credit Transfer‘ ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan (mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan) |
| Penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ | Terima bayaran secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2026
Berikut merupakan jumlah anggaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan dibayar bagi Fasa 2 kepada setiap kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM300 3-4 anak : RM450 >5 anak : RM600 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 0 anak : RM100 1-2 anak : RM150 3-4 anak : RM200 >5 anak : RM300 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 |
| Bujang | – |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 2 2026
Bagi penerima sedia ada dan penerima baharu yang telah kemukakan permohonan, boleh membuat semakan untuk tahu layak atau tidak terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2. Ikuti cara semakan di bawah :
- Sila layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini :
- Pada halaman utama tersebut, klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
- *Tanpa <jarak> dan tanda sengkang (-).
- Contoh : 800230112345.
- *Tanpa <jarak> dan tanda sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Ya] jika betul.
- Masukkan Kata Laluan pengguna yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima bayaran STR Fasa 2 2026 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.