SYUKUR SABAH 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
SYUKUR Sabah 2026 atau nama rasminya Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) 2026 merupakan inisiatif bantuan kewangan khas daripada Kerajaan Negeri Sabah di bawah agenda Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ). Inisiatif ini direka khas untuk membantu Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin dan miskin tegar di seluruh negeri Sabah.
Melalui program ini, penerima yang layak akan menerima bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan (RM2,400 setahun) yang disalurkan secara berfasa. Bantuan ini bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup dan menampung perbelanjaan barangan keperluan asas keluarga.
Bagi anda yang ingin membuat semakan status kelayakan atau permohonan baharu, berikut disediakan panduan lengkap SYUKUR Sabah 2026.
Baca juga: SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN STR FASA 3 2026
APA ITU PROGRAM SYUKUR SABAH 2026
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) adalah program bantuan tunai khas yang diselaras oleh Kerajaan Negeri Sabah bersama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Fokus utama program ini adalah untuk memberikan sokongan kewangan berterusan kepada rakyat Sabah berpendapatan rendah yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih serta sistem negeri (PADANS).
JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Kadar bayaran bagi setiap penerima SYUKUR Sabah yang lulus adalah seperti berikut :
- Kadar Bulanan : RM200 sebulan;
- Kekerapan Bayaran : Dibayar setiap 3 bulan sekali (secara berfasa);
- Kadar Setiap Fasa : RM600 bagi setiap fasa;
- Jumlah Setahun : RM2,400 secara keseluruhan;
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SYUKUR SABAH
Seseorang pemohon dikehendaki memenuhi kriteria kelayakan asas berikut sebelum layak menerima bantuan :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Mempunyai MyKad berstatus ‘H’ (penduduk asal/rakyat Sabah);
- Beralamat atau bermastautin di negeri Sabah melebihi tempoh 1 tahun;
- Pendapatan isi rumah berada di bawah Garis Pendapatan Kemiskinan (PGK) Negeri Sabah semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
JADUAL & TARIKH PEMBAYARAN SYUKUR SABAH 2026
Penyaluran bantuan dikreditkan secara berfasa mengikut jadual pembayaran berikut :
| FASA BAYARAN | TEMPOH BULAN | KADAR BAYARAN | ANGGARAN TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari – Mac | RM600 | Februari – Mac 2026 |
| Fasa 2 | April – Jun | RM600 | Mei – Jun 2026 |
| Fasa 3 | Juli – September | RM600 | Ogos – September 2026 |
| Fasa 4 | Oktober – Disember | RM600 | November – Disember 2026 |
CARA SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH ONLINE
Semakan status kelayakan boleh dibuat secara pantas melalui portal rasmi SYUKUR Sabah :
Langkah 1: Layari Portal Rasmi SYUKUR
Pergi ke laman web rasmi semakan di https://syukur.sabah.gov.my
Langkah 2: Masukkan Nombor MyKad
- Masukkan 12 digit Nombor MyKad anda tanpa tanda sempang
-(Contoh:850101125566).
Langkah 3: Klik Butang Semak
- Klik pada butang [Semak Status].
Langkah 4: Paparan Keputusan
Sistem akan memaparkan salah satu keputusan status seperti berikut :
- Layak : Bantuan akan disalurkan mengikut fasa.
- Tidak Layak : Permohonan tidak memenuhi kriteria / pendapatan melebihi PGK.
- Nombor MyKad Tidak Wujud : Rekod belum didaftarkan dalam pangkalan data.
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Kaedah Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah Pembayaran dilakukan menerusi dua saluran utama :
- Pengkreditan Terus ke Akaun Bank :
- Penyaluran terus ke akaun bank berdaftar penerima.
- Penunaian Secara Tunai / Serahan Fizikal :
- Disediakan khas secara tunai di bank atau Pusat Agihan yang ditetapkan bagi penerima di kawasan pedalaman/luar bandar yang tiada perkhidmatan perbankan, atau mereka yang tiada akaun bank.
MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN RASMI
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR Sabah 2026), anda boleh menghubungi pihak urus setia melalui saluran rasmi berikut:
- Portal Rasmi Semakan : https://syukur.sabah.gov.my
- Portal Pendaftaran PADANS: https://padans.sabah.gov.my
- Talian Bantuan : 088 338 338
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Laman web ini menyediakan panduan maklumat dan rujukan umum berkaitan bantuan Kerajaan Negeri Sabah bagi memudahkan pengguna. Kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi, perbankan, atau mengenakan bayaran bagi maklumat yang dipaparkan. Untuk semakan kelayakan dan pendaftaran rasmi, sila layari Portal Rasmi SYUKUR Sabah.