MY KASIH SEMAK 2026 : STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SARA
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 diteruskan lagi oleh Kerajaan Malaysia sebagai inisiatif bantuan tanpa tunai (cashless) bagi membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup. Menerusi program ini, elaun bulanan akan dikreditkan secara terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak bermula Januari sehingga Disember 2026.
Seramai 8.1 juta rakyat Malaysia layak menerima pengkreditan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 untuk perbelanjaan barang keperluan asas.
Adakah anda salah seorang penerima yang layak? Artikel ini menyediakan panduan lengkap bagi My Kasih semak 2026 merangkumi syarat kelayakan, kadar bantuan mengikut kategori, jadual pembayaran bulanan, serta cara semakan status secara dalam talian.
Baca juga: MY SARA SEMAKAN 2026 : STATUS KELAYAKAN BAYARAN BULANAN
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MY KASIH 2026
Pengkreditan bantuan MyKasih 2026 diberikan secara automatik kepada individu yang memenuhi kriteria berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR BAYARAN BULANAN MY KASIH
Jumlah elaun SARA MyKasih 2026 dikreditkan setiap bulan mengikut kategori penerima seperti dalam jadual berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN MYKAD
Bantuan My Kasih 2026 disalurkan secara cashless kepada penerima yang layak pada setiap bulan selama 12 bulan :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Tanpa Tunai (cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
Penggunaan: Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas (seperti beras, minyak masak, telur, biskut, mi segera, dan bahan makanan asas lain) di kedai runcit serta pasar raya rakan niaga MyKasih di seluruh negara.
TARIKH & JADUAL PEMBAYARAN MY KASIH 2026
Elaun MyKasih SARA 2026 dikreditkan pada 1 haribulan pada setiap bulan (kecuali bulan Januari) mengikut jadual di bawah :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|---|
| Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan | 09/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 | 31/12/2026 |
| Bujang | 16/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 | 31/12/2026 |
Nota: Baki kredit yang tidak habis digunakan pada bulan semasa akan dibawa ke bulan seterusnya, namun semua elaun akan terbatal / luput pada 31 Disember 2026.
SEMAK STATUS MY KASIH 2026 ONLINE
Untuk membuat semakan status sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK menerima bayaran elaun ini, sila gunakan dua saluran rasmi di bawah :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semak Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Semak Status di Portal MySTR :
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik Semak Permohonan STR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
CARA GUNA DUIT MY KASIH 2026
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN RASMI
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan My Kasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada sumber rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Portal Rasmi SARA, serta kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan My Kasih Semak 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.