MYKASIH SEMAK 2026 : STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BULAN MAC
Pembayaran bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini memasuki bulan Mac bayaran, dan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak untuk perbelanjaan barangan asas untuk bulan tersebut.
Bagaimanakah semak mykasih bulan mac 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MY KASIH 2026 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA MYKASIH | KELAYAKAN |
|---|---|
| BERSTATUS EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; |
| BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; |
JUMLAH DUIT BANTUAN MYKASIH 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
TARIKH & JADUAL PENGKREDITAN DUIT MYKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 akan dikreditkan setiap bulan selama 12 bulan seperti berikut :
| BULAN PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN | TARIKH AKHIR/LUPUT KREDIT |
|---|---|---|
| Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember | 09/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 | 31/12/12026 |
CARA PENGKREDITAN DUIT MYKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Tanpa Tunai (cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
SEMAK STATUS KELAYAKAN MYKASIH 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MANFAAT DUIT BANTUAN MYKASIH 2026
Setiap penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh menggunakan kredit bantuan untuk perbelanjaan barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai atau pasar raya berdaftar seperti berikut :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
Senarai barangan keperluan asas boleh rujuk di sini : https://www.sara.gov.my/
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026