CHECK BANTUAN RAHMAH STATUS KELAYAKAN PENERIMA TUNAI DAN ASAS
Kerajaan memperuntukan sebanyak RM15 billion untuk disalurkan kepada seramai 9 juta rakyat Malaysia melalui agihan Bantuan Rahmah. Namun, jumlah bantuan yang akan diterima adalah berbeza berdasarkan kategori dan kelayakan penerima.
Bagaimanakah check status kelayakan penerima Bantuan Rahmah? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN GURU COS 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU BANTUAN RAHMAH?
Bantuan Rahmah iaitu gabungan daripada Bantuan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan bagi membantu meringankan bebanan kewangan dalam jangka masa satu (1) tahun iaitu sepanjang tahun 2026 ini.
JUMLAH AGIHAN BANTUAN RAHMAH
Setiap penerima Bantuan Tunai Rahmah akan turut menerima Bantuan Asas Rahmah yang diagihkan dengan jumlah yang mengikut kategori serta kelayakan setiap penerima seperti berikut :
- Agihan Bantuan Tunai Rahmah :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
- Agihan Bantuan Asas Rahmah :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Isi Rumah STR & daftar eKasih | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun |
| Isi Rumah STR sahaja | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas STR & daftar eKasih | RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun |
| Warga Emas STR sahaja | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
| Bujang STR & daftar eKasih | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Bujang STR sahaja | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
JADUAL AGIHAN BANTUAN RAHMAH
Kerajaan melaksanakan agihan Bantuan Tunai Rahmah dan Bantuan Asas Rahmah pada tarikh yang berbeza mengikut jadual seperti di bawah :
| TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH | TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH |
|---|---|
| Fasa 1 : 20 – 26 Januari 2026 Fasa 2 : Belum diumumkan Fasa 3 : Belum diumumkan Fasa 4 : Belum diumumkan | 9 – 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
PLATFORM AGIHAN BANTUAN RAHMAH
Bantuan Tunai Rahmah dan Bantuan Asas Rahmah diagihkan melalui platform yang berbeza seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | PLATFORM AGIHAN |
|---|---|
| Bantuan Tunai Rahmah | Diagihkan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank dan dikreditkan ke dalam akaun bank bagi penerima yang ada akaun bank |
| Bantuan Asas Rahmah | Diagihkan secara tanpa tunai terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas di premis terpilih SARA. |
CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RAHMAH
Untuk mengetahui status sama ada layak atau tidak sebagai penerima Bantuan Tunai Rahmah dan Bantuan Asas Rahmah, ikuti cara check status kelayakan yang lengkap di bawah :
- Cara Check Status Penerima Bantuan Tunai Rahmah :
- Layari laman web rasmi STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
- Jika betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan kata laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard STR akan dipaparkan.
- Terus klik pada [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Bantuan Tunai Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Check Status Penerima Bantuan Asas Rahmah :
- Layari laman web rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Tandakan pada [ ] Verify you are human.
- Tunggu pengesahan MyKad anda disahkan.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan sebarang maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Tunai Rahmah dan Bantuan Asas Rahmah, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel rasmi seperti yang tertera di bawah :
- Talian Rasmi Tunai Rahmah : 03 8882 4565 / e-mel : [email protected]
- Talian Rasmi Asas Rahmah : 03 7720 1800 / e-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/ dan https://bantuantunai.hasil.gov.my/.