BANTUAN MYKASIH SARA 2026 SEMAKAN STATUS BAYARAN JIKA LAYAK
Bayaran Bantuan MyKasih SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dilaksanakan secara bulanan dan juga one-off (sekaligus) bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat untuk pembelian barang keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status bayaran Bantuan MyKasih SARA? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH DUIT BANTUAN MYSTR 2026 : SEMAK FASA 2
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH SARA
Penerima Bantuan MyKasih SARA dipilih secara automatik berdasarkan syarat kelayakan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA SECARA BULANAN | KELAYAKAN PENERIMA SECARA ONE-OFF |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | 21 tahun dan ke atas | 18 tahun dan ke atas |
| Kategori Penerima | -Bujang -Isi Rumah -Warga Emas | -Bujang -Isi Rumah -Warga Emas |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 (B40) atau Bawah RM5,000 (M40) | Tiada had pendapatan (B40, M40 dan T20) |
| Status STR | Lulus |
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA
Status kelayakan penerima dan bayaran Bantuan SARA boleh disemak melalui dua (2) platform iaitu :
- Portal Rasmi MyKasih ✅
- Aplikasi MyKasih ✅
Ikuti kedua-dua cara semakan status seperti berikut :
Cara Semakan Status Di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
Cara Semakan Status Di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
NILAI BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA 2026
Nilai Bantuan MyKasih SARA dibayar mengikut kategori penerima seperti berikut :
- 👰🤵 KATEGORI ISI RUMAH :
| KELAYAKAN PENERIMA | NILAI BAYARAN BULANAN | NILAI BAYARAN ONE-OFF |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 (Daftar eKasih) | RM200 sebulan | RM100 |
| Isi Rumah M40 (Bukan eKasih) | RM100 sebulan | RM100 |
| Semua Isi Rumah | – | RM100 |
- 🧑🦳 KATEGORI WARGA EMAS :
| KELAYAKAN PENERIMA | NILAI BAYARAN BULANAN | NILAI BAYARAN ONE-OFF |
|---|---|---|
| Warga Emas B40 (Daftar eKasih) | RM150 sebulan | RM100 |
| Warga Emas M40 (Bukan eKasih) | RM50 sebulan | RM100 |
| Semua Warga Emas | – | RM100 |
- 🧑🦱 KATEGORI BUJANG :
| KELAYAKAN PENERIMA | NILAI BAYARAN BULANAN | NILAI BAYARAN ONE-OFF |
|---|---|---|
| Bujang B40 (Daftar eKasih) | RM100 sebulan | RM100 |
| Bujang B40 (Bukan eKasih) | RM50 sebulan | RM100 |
| Semua Bujang | – | RM100 |
JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA
Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan MyKasih SARA pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN BULANAN | TARIKH BAYARAN ONE-OFF |
|---|---|
| 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 9 Februari 2026 |
SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA BANTUAN MYKASIH SARA
Bantuan MyKasih SARA yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan penerima boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas seperti beriku :
- Bahan masakan asas :
- Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
- Makanan Sejuk beku :
- Burger, nuget, bebola daging, ayam, daging, itik dan sebagainya
- Barang makanan ringan :
- Roti, biskut, bijirin dan sebagainya.
- Minuman :
- Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
- Produk penjagaan diri :
- Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
- Keperluan asas bayi :
- Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
- Barang keperluan sekolah :
- Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.