SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2026 : BAYARAN AKAN DISALURKAN KEPADA PENERIMA YANG LAYAK

SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2026 : BAYARAN AKAN DISALURKAN KEPADA PENERIMA YANG LAYAK

Adakah anda salah seorang penerima Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun ini? Proses SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2026 kini boleh dilakukan dengan sangat mudah secara dalam talian (online) hanya dengan menggunakan nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda.

Melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bawah inisiatif Kerajaan MADANI dan Yayasan MyKasih, bantuan kredit tunai tanpa tunai (cashless) disalurkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak untuk membeli barang keperluan asas di pasar raya berdaftar.

Berikut disediakan panduan lengkap mengenai cara membuat semakan status, jadual bayaran, syarat kelayakan, serta cara semak baki terkini MyKasih SARA 2026.

BACA JUGA : SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2025 : KADAR DIVIDEN TELAH DIMASUKAN DALAM AKAUN

CARA BAYARAN MYKASIH SARA 2026

Pembayaran Bantuan MyKasih SARA dilaksanakan melalui dua (2) cara berikut :

JENIS AGIHANCARA BAYARAN
Secara BulananDibayar setiap bulan melalui
pengkreditan tanpa tunai ke
dalam akaun Kad Pengenalan
penerima yang boleh digunakan
untuk pembelian barang
keperluan asas
Secara Sekaligus
(one-off)
Dibayar sekali sahaja melalui
pengkreditan tanpa tunai ke
dalam akaun Kad Pengenalan
penerima yang boleh digunakan
untuk pembelian barang
keperluan asas

BILANGAN PENERIMA MYKASIH SARA 2026

Rakyat Malaysia yang merupakan golongan dewasa yang terpilih menerima bayaran Bantuan MyKasih SARA secara bulanan dan sekaligus (one-off) adalah seramai berikut :

JENIS AGIHANBILANGAN PENERIMA
Secara Bulanan8.1 juta penerima
(B40 dan M40)
Secara Sekaligus
(one-off)
22 juta penerima
(B40, M40 dan T20)

JUMLAH BAYARAN MYKASIH SARA 2026

Jumlah bayaran Bantuan MyKasih SARA secara bulanan dan sekaligus (one-off) adalah mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kadar Jumlah Bayaran Secara Bulanan :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah
(B40 + eKasih)
RM200 sebulan
Isi Rumah
(B40 & M40)
RM100 sebulan
Warga Emas
(B40 + eKasih)
RM150 sebulan
Warga Emas
(B40 & M40)
RM50 sebulan
Bujang
(B40 + eKasih)
RM100 sebulan
Bujang
(B40)
RM50 sebulan
  • Kadar Jumlah Bayaran Secara Sekaligus :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Semua Isi RumahRM100 sekaligus
Semua Warga EmasRM100 sekaligus
Semua BujangRM100 sekaligus

TARIKH BAYARAN MYKASIH SARA 2026

Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan MyKasih SARA kepada penerima secara bulanan dan sekaligus pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

TARIKH BAYARAN
SECARA BULANAN
TARIKH BAYARAN
SECARA SEKALIGUS
9 – 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
9 Februari 2026

SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2026

Rujuk panduan semakan status penerima Bantuan SARA Bulanan dan SARA Sekaligus (One-Off) di Portal Rasmi MyKasih seperti di bawah :

PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH
https://mykasih.com.my/
  1. Pergi ke Portal Rasmi MyKasih dengan klik pautan di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
  3. Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  6. Tandakan pada [ ] verify you are human.
  7. Tunggu pengesahan anda disahkan.
  8. Klik pada butang [Semakan Status].
  9. Status kelayakan penerima SARA Bulanan dan SARA One-Off akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH SARA

  1. Perlukah saya membuat permohonan baru untuk MyKasih SARA 2026?
    • Tidak perlu. Permohonan adalah secara automatik berdasarkan kelayakan dan pendaftaran dalam sistem STR 2026 serta pangkalan data eKasih.
  2. Adakah bantuan SARA boleh dikeluarkan secara tunai dari ATM?
    • Tidak boleh. Bantuan ini disalurkan secara cashless (tanpa tunai) menggunakan MyKad sahaja untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai rakan niaga MyKasih.
  3. Bagaimana jika saya terlupa nombor PIN MyKad MyKasih?
    • Nombor PIN laluan asas (default) biasanya merupakan 6 digit pertama nombor kad pengenalan anda. Sekiranya terlupa, anda boleh membuat tetapan semula di kaunter kedai rakan niaga atau menghubungi talian khidmat pelanggan MyKasih.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat dalam artikel ini, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci dalam artikel ini adalah ditulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Pihak kami sama sekali tidak meminta sebarang maklumat peribadi pengguna dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan dalam artikel ini.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi dan panduan terkini berkaitan bantuan-bantuan supaya pengguna dapat info terbaru dengan mudah dan selamat.

Artikel ini dirujuk daripada sumber yang sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment