STR LOGIN SEMAKAN FASA 2 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sentiasa dibuka untuk semakan status, permohonan baharu, kemaskini permohonan dan sebagainya. Bagi yang telah memohon, boleh login untuk semakan kelayakan sebagai penerima bayaran Fasa Ke-2 untuk tahun 2026.
Bagaimanakan STR login untuk semakan status kelayakan penerima Fasa 2? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH APP : APLIKASI UNTUK SEMAKAN STATUS BAYARAN & BAKI BANTUAN SARA 2026
MEDIUM BAYARAN STR FASA 2 2026
Bagi memudahkan penerima menerima Bantuan STR Fasa 2, Kerajaan menyediakan dua (2) medium bayaran seperti berikut :
- 🏦 Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) khas untuk penerima yang tiada akaun bank, penerima status ‘Gagal Kredit’ dan penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akses bank.
- 📱 Pembayaran secara pengkreditan tunai terus ke dalam akaun bank milik penerima / akaun bank milik pasangan khusus kepada yang mempunyai akaun serta melengkapkan maklumat akaun bank dalam permohonan STR.
KADAR BAYARAN STR FASA 2 2026
Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan STR Fasa 2 mengikut kategori penerima :
- 👰🤵 KATEGORI ISI RUMAH :
| BIL. ANAK | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM200 | RM100 |
| 1 – 2 orang | RM300 | RM150 |
| 3 – 4 orang | RM400 | RM200 |
| Lebih 5 orang | RM500 | RM300 |
- 🧑🦳 KATEGORI WARGA EMAS :
| BIL. ANAK | WARGA EMAS |
|---|---|
| Tiada tanggungan | RM150 |
- 🧑🦱 KATEGORI BUJANG :
| BIL. ANAK | BUJANG UMUR 21 – 59 TAHUN |
|---|---|
| Tiada tanggungan | Diganti bayaran SARA |
TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026
Pembayaran Bantuan STR Fasa 2 akan dilaksanakan pada tarikh :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada | Belum diumumkan |
| Penerima Baharu | Belum diumumkan |
CARA STR LOGIN SEMAKAN FASA 2 2026
Ikuti panduan lengkap cara login untuk semakan status kelayakan penerima STR Fasa 2 seperti di bawah :
- Sila layari laman Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Ikut format : Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 950301112345.
- Ikut format : Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan nama pemohon.
- Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan status kelayakan, klik [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan STR Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT STR
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.