SEMAKAN MYSALAM 2026 : CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN & BUAT TUNTUTAN
Skim perlindungan takaful kesihatan PERCUMA, mySalam yang diberikan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah B40 bagi subsidi perlindungan hospitalisasi dan penyakit kritikal diteruskan untuk sesi 2026.
Bagaimanakah semakan mysalam 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK DUIT BANTUAN EKASIH 2026 : RM200 SETIAP BULAN DIBAYAR KEPADA PEMOHON YANG LAYAK
TUJUAN PROGRAM MYSALAM
Antara tujuan utama pelaksanaan Skim Perlindungan Takaful Kesihatan, mySalam adalah untuk :
- Memberi perlindungan kesihatan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang menghidap penyakit kritikal & hospitalisasi agar tidak terbeban dengan kos rawatan.
- Meringankan beban kewangan rakyat miskin yang memerlukan bantuan ketika sakit.
SYARAT KELAYAKAN MYSALAM 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan mySalam 2026 mestilah terdiri daripada :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Kewarganegaraan | Warganegara Malaysia |
| Penerima Bantuan Tunai Kerajaan | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) |
| Kategori Penerima | Isi Rumah (Berkahwin) (Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan) Kategori Bujang (Berumur antara 21 hingga 65 tahun) Individu OKU (Berumur antara 18 hingga 65 tahun) |
Penerima Bantuan Tunai Rakyat diatas yang menepati Kriteria Umur layak menjadi ahli mySalam secara automatik. Kriteria umur kelayakan mySalam adalah dikira berdasarkan umur individu telah mencapai umur 18 atau 21 tahun, atau tidak melebihi 66 tahun pada 1 Januari pada tahun tersebut.
SENARAI PERLINDUNGAN MYSALAM 2026
Perlindungan Percuma yang disediakan melalui Program mySalam adalah seperti berikut :
| JENIS PERLINDUNGAN | BUTIRAN |
|---|---|
| Perlindungan Hospitalisasi (Ward) | Pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari setahun. |
| Perlindungan Penyakit Kritikal | Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup jika disahkan atau didiagnos salah satu salah satu daripada 50 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam. |
SEMAKAN SENARAI HOSPITAL BERDAFTAR MYSALAM 2026
Individu yang layak mySalam boleh melihat senarai Hospital yang boleh dituntut untuk skim perlindungan mySalam 2026 di Portal Rasmi mySalam https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=hospital
SEMAKAN SENARAI HOSPITAL BERDAFTAR MYSALAM 2026
Lebih daripada 50 jenis penyakit kritikal yang berada di bawah Perlindungan mySalam antaranya :
- CI-01: Kanser
- CI-02 : Keadaan Berkaitan Jantung
- CI-03 : Otak, Saraf dan Otot
- CI-04 : Mata, Telinga dan Pertuturan
- CI-05 : Keadaan Berkaitan Hati
- CI-06 : Keadaan Berkaitan Buah Pinggang
- CI-07 : Keadaan Berkaitan HIV
- CI-08 : Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal
- CI-09 : Penyakit Terminal
- CI-10 : Tulang, Sendi, Darah dan Tisu Penghubung
- CI-11: Penyakit Mental
- CI-12 : Penyakit Jarang Jumpa
Senarai penuh Perlindungan Penyakit Kritikal yang boleh dituntut untuk skim perlindungan mySalam 2026, boleh layari laman rasmi mySalam di https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=ci
PERMOHONAN MYSALAM 2026
Tiada sebarang permohonan diperlukan, setiap penerima bantuan tunai kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), akan secara automatik layak untuk membuat tuntutan bantuan Skim Perlindungan Kesihatan B40 mySalam 2026.
TARIKH AKHIR TUNTUTAN MYSALAM 2026
Tarikh tutup tuntutan mySalam bagi kelayakan 2026 dilanjutkan ke 31 Disember 2026. Individu yang layak boleh membuat tuntutan dengan segera sebelum tamat tempoh :
| TAHUN | TEMPOH KELAYAKAN | TEMPOH PENYERAHAN TUNTUTAN |
|---|---|---|
| 2024 | 1 Januari 2024 – 31 Disember 2024 | 1 Januari 2024 – 31 Disember 2025 (tarikh dilanjutkan) |
| 2025 | 1 Januari 2025 – 31 Disember 2025 | 1 Januari 2025 – 30 Jun 2026 |
| 2026 | 1 Januari 2026 – 31 Disember 2026 | 1 Januari 2026 – 30 Jun 2027 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYSALAM 2026
Status Kelayakan Tuntutan Skim Perlindungan Kesihatan mySalam boleh disemak secara online di Portal Rasmi mySalam seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi mySalam di pautan :
https://www.mysalam.com.my/mys/info/ - Halaman utama Portal mySalam akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kanan di ruangan [Semak Kelayakan]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik [Semak].
- Jika anda LAYAK maklumat akan dipaparkan:
“Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan”. - Selesai.
CARA TUNTUTAN PERLINDUNG PENYAKIT KRITIKAL MYSALAM
Tuntutan Skim Perlindungan Kesihatan B40 mySalam untuk Penyakit Kritikal adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
CARA TUNTUTAN PERLINDUNGAN HOSPITALISASI MYSALAM
Tuntutan Skim Perlindungan Kesihatan B40 mySalam untuk Hospitalisasi adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
DOKUMEN TUNTUTAN MYSALAM 2026
Berikut merupakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan mySalam 2026 :
| TUNTUTAN PENYAKIT KRITIKAL | TUNTUTAN HOSPITALISASI |
|---|---|
| 1) Salinan IC (depan dan belakang); 2) Borang penyakit kritikal yang diisi oleh doktor; 3) Nama & IC pesakit; 4) Butiran penyakit; 5) Cop rasmi & tandatangan doktor; | 1) Salinan IC (depan dan belakang); 2) Surat discaj dengan : Nama & IC pesakit / Diagnosis / Tarikh masuk & keluar wad / Cop rasmi & tandatangan doktor |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai mySalam anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Khidmat Pelanggan : 1-300-88-8938
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=faq_soalan-am