SYUKUR SABAH FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYUKUR SABAH FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Bantuan tunai secara berfasa melalui SYUKUR SABAH atau Program Sentuhan Kasih Rakyat dteruskan untuk sesi 2026 dengan penambahbaikan serta kadar peruntukan baharu, membolehkan golongan memerlukan di Sabah menerima bantuan yang sewajarnya.

Bagaimanakah semakan status syukur sabah fasa 1? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK DUIT BANTUAN TAMBAHAN STR 2026 : AKAN TERIMA BAYARAN UNTUK YANG LULUS SAHAJA

APA ITU SYUKUR SABAH?

Bantuan SYUKUR SABAH atau Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) ialah bantuan kewangan Kerajaan Negeri Sabah secara berfasa kepada rakyatnya daripada B40 yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Tujuan utama pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) adalah untuk :

  • Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
  • Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
  • Sebagai tanda keperihatinan dan kasih sayang Kerajaan Sabah kepada rakyatnya.

SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH 2026

Kelayakan Bantuan SYUKUR Sabah 2026 mestilah terdiri daripada :

SYARATKELAYAKAN
Kewarganegaraan Warganegara Malaysia
Had UmurBerumur 18 tahun ke atas
(sebelum 31 Disember 2026)
Status PenempatanBeralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun
Negeri KelahiranKelahiran Sabah atau Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah)
Kategori PenerimaKetua Isi Rumah (KIR)
Kadar PendapatanPendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa
Status eKasihTersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS)

Syarat Tambahan :

  • Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  • Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

Garis Pendapatan Kemiskinan Semasa :

KATEGORI
ISI RUMAH
KADAR PENDAPATAN
(SEBULAN)
KADAR PER KAPITA
(SEBULAN)
MISKINRM2,843RM 1,257
MISKIN TEGARRM720RM310

AMAUN SYUKUR SABAH FASA 1 2026

Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan SYUKUR Sabah seperti berikut :

FASAKADAR BULANANKADAR SETIAP FASA
Fasa 1

(Januari – Mac)
RM200 / BulanRM600

(3 Bulan Pembayaran)
Fasa 2

(April – Jun)
RM200 / BulanRM600

(3 Bulan Pembayaran)
Fasa 3

(Julai – September)
RM200 / BulanRM600

(3 Bulan Pembayaran)
Fasa 4

(Oktober – Disember)
RM200 / BulanRM600

(3 Bulan Pembayaran)

Total Kelayakan Setahun adalah sebanyak RM2,400

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH 1 2026

Bantuan SABAH akan dikreditkan secara berfasa seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
Fasa 1
(Januari – Mac)
Februari – Mac 2026
Fasa 2
(April – Jun)
Mei – Jun 2026
Fasa 3
(Julai – September)
Ogos – September 2026
Fasa 4
(Oktober – Disember)
November – Disember 2026

Tarikh Rasmi pembayaran belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

  • Penerima bagi Fasa 1 dan Fasa 2 adalah golongan Miskin dan Miskin Tegar yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih dan PADANS setakat 14 Januari 2026.
  • Permohonan yang diterima pada 15 Januari 2026 hingga 31 Jun 2026 akan menerima bayaran Fasa 3 dan Fasa 4.
  • Perubahan tarikh bayara adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

CARA PENGKREDITAN DUIT SYUKUR SABAH FASA 1

Pengkreditan bantuan kepada penerima adalah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Mempunyai Akaun BankPengkreditan terus ke dalam akan bank penerima
Tiada Akaun BankTuntutan Secara Tunai di Kaunter Bank atau Kaedah Tertentu secara tunai

SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH FASA 1 2026

Status kelayakan penerima Bantuan Sabah secara online seperti berikut :

  • Portal PADANS Sabah / Portal SYUKUR Sabah;
  • Aplikasi YONO Superapp

Cara Semakan Status di Portal Rasmi PADANS :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS https://padans.sabah.gov.my/ atau Portal Rasmi SYUKUR https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Portal Rasmi Semakan.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  5. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  6. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  7. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  8. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  9. ⁠Selesai.

Cara Semakan Status di Aplikasi YONO Superapp :

  1. Muat turun aplikasi ‘YONO Superapp melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
  2. Kemudian, buka aplikasi tersebut.
  3. Daftarkan akaun anda.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
  6. Buka bahagian modul [Bantuan].
  7. Semak status kelayakan Bantuan SYUKRU Sabah anda.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment