SEMAK DUIT EKASIH ONLINE 2026 : PENERIMA YANG LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN DI DALAM IC RM200 SETIAP BULAN
Kira-kira seramai lebih 400,000 ribu rakyat dewasa Malaysia yang telah disahkan layak dan tersenarai dalam rekod data dan secara automatik layak sebagai penerima duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan.
Bagaimanakah cara semak duit eKasih secara online? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RAMADHAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
JUMLAH DUIT EKASIH 2026
Duit Bantuan SARA diberikan dengan jumlah yang berbeza kepada penerima yang daftar eKasih dan juga penerima bukan eKasih seperti berikut :
| JUMLAH DUIT SARA (PENERIMA DAFTAR EKASIH) | JUMLAH DUIT SARA (PENERIMA BUKAN EKASIH) |
|---|---|
| Isi Rumah : RM200 setiap bulan (RM2,400 setahun) | Isi Rumah : RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun) |
| Warga Emas : RM150 setiap bulan (RM1,800 setahun) | Warga Emas : RM50 setiap bulan (RM600 setahun) |
| Bujang : RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun) | Bujang : RM50 setiap bulan (RM600 setahun) |
TARIKH KREDIT DUIT EKASIH 2026
Pengkreditan duit Bantuan SARA eKasih adalah pada setiap bulan mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH KREDIT DUIT SARA EKASIH |
|---|---|
| Isi Rumah dan Warga Emas | 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Bujang | 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
CARA PENERIMAAN DUIT EKASIH 2026
Semua penerima yang layak akan terima duit Bantuan SARA eKasih mengikut cara-cara seperti berikut :
| NEGERI PENERIMA | CARA PENERIMAAN DUIT SARA EKASIH |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Terima duit setiap bulan secara tanpa tunai yang dikreditkan untuk pembelian barang keperluan asas di premis terpilih dan perlu disahkan dengan menggunakan Kad Pengenalan penerima (tidak boleh buat pengeluaran tunai) |
| Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Terima duit setiap bulan secara tanpa tunai yang dikreditkan untuk pembelian barang keperluan asas di premis terpilih dan perlu disahkan dengan menggunakan Kad Pengenalan penerima (tidak boleh buat pengeluaran tunai) |
KRITERIA PENERIMA DUIT EKASIH 2026
Duit Bantuan SARA eKasih yang bernilai RM200 setiap bulan khusus diberikan kepada yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut sahaja :
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Kategori | Ketua Isi Rumah |
| Taraf Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak / tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa dan tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai ‘Miskin & Miskin Tegar’ |
| Status Permohonan STR 2026 | Lulus Permohonan |
SEMAK DUIT EKASIH ONLINE 2026
Status kelayakan dan status bayaran duit Bantuan SARA eKasih boleh disemak secara online melalui pautan laman rasmi eKasih dan SARA mengikut panduan di bawah :
🔗 Pautan Laman Semakan Rasmi eKasih : https://ekasih2.icu.gov.my/.
- Sila layari pautan yang tertera di atas.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa – (contoh : 700129101234).
- Masukkan Kod Kapctha mengikut imej yang diberikan.
- Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status kelayakan pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Selesai,
🔗 Pautan Laman Semakan Rasmi SARA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Sila layari pautan yang tertera di atas.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan tanpa – (contoh : 70012901234).
- Tandakan pada kotak [/] verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sila rujuk pihak berwajib melalui talian atau laman web rasmi yang ditertera di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA eKasih :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 7720 1800 / https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian eKasih : 03 8000 8000 / https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.