SEMAKAN EKASIH 2026 RM200 SETIAP BULAN : PENERIMA AKAN DIBAYAR DUIT BANTUAN DALAM IC JIKA BERSTATUS LAYAK
Seramai 400,00 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih untuk tahun 2026, akan menerima pengkreditan bantuan dalam IC (Kad Pengenalan) secara automatik pada setiap bulan, untuk mendapatkan barangan asas harian.
Bagaimanakah semakan ekasih 2026 rm200 setiap bulan? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN SARA EKASIH RM200 SETIAP BULAN
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Ketua Isi Rumah (KIR), berpendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; |
Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKASIH adalah secara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sistem eKasih 2026.
JADUAL PEMBAYARAN SARA EKASIH RM200 SETIAP BULAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | Januari : RM200 Februari : RM200 Mac : RM200 April : RM200 Mei : RM200 Jun : RM200 Julai RM200 Ogos : RM200 September : RM200 Oktober : RM200 November : RM200 Disember : RM200 TOTAL RM2,400 |
CARA PENYALURAN DUIT RM200
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih akan disalurkan secara tanpa tunai seperti berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia & Sabah, Sarawak, W.P Labuan | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
TEMPOH SAH KREDIT SARA EKASIH RM200
Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh digunakan dalam tempoh masa berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR/TARIKH LUPUT |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | 31 Disember 2026 |
SEMAKAN STATUS SARA EKASIH RM200 SETIAP BULAN
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Semakan Status Pendaftaran eKasih | https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx |
| Semakan Status Kelayakan SARA | https://sara.gov.my/ |
Semak Status Pendaftaran eKasih :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
Semak Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026